Isnin, 3 Mac 2014

PENGANUGERAHAN PANJI-PANJI DIRAJA KEPADA REJIMEN RENJER

OLEH- AHMAD YAAKOB
Pada  hari  ini 3.3  dalam  tahun  1992,   Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan  Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah  telah  berkenan  menyempurnakan penganugerahan  panji-panji Diraja kepada Rejimen  Renjer  yang diadakan  dengan  penuh  istiadat  ketenteraan  di Stadium Perak.  Seramai 668 orang anggota termasuk 39 orang pegawai telah mengambil bahagian  dalam  perbarisan  mengarak  panji-panji  Diraja yang diketuai oleh  Lt.  Kolonel Zulkapli Abdul Rahman.  Turut berangkat menyaksikan upacara  yang penuh  bersejarah  itu  ialah  Raja Permaisuri Agong, Tuanku  Siti Bainun binti Mohd Ali,   Raja  Perlis  selaku  Kolonel Yang dipertua Renjer dan Raja Perempuan  Perlis;  Pemangku  Raja Perak, Raja Nazrin  Shah;  Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib; Panglima Tentera Darat,  Jeneral Tan Sri Yaacob Mohd Zain serta  pegawai-pegawai Tinggi Tentera dan orang-orang kenamaan.  Dalam  titah,  baginda  berharap  agar  semua  perwira  dan  perajurit  rejimen  Renjer  menyambut  pengurniaan  panji-panji  ini  dengan  penuh  azam  dan  semangat  perjuangan  yang  tinggi  untuk  terus  mempertahankan  kedaulatan  agama,  bangsa  dan  negara.  Pengurniaan  panji-panji  ini sebagai  menghargai  serta  mengenang  jasa  bakti,  pengorbanan,  kesetiaan yang  telah  dicurahkan  oleh  Rejimen Renjer yang ditubuhkan  pada 16 September 1963   kepada  agama,  bangsa  dan  negara.

SUMBER: http://hids.arkib.gov.my/

1 ulasan:

  1. Tidak di sebut pun nama pegawai yg menerima dan membawa panji panji tersebut.

    BalasPadam