Isnin, 24 Mac 2014

Bekas pegawai polis zaman darurat terima pingat


 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Bekas pegawai polis zaman darurat terima pingat
25 Mac 2014
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menganugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 104 bekas pegawai polis yang berkhidmat pada zaman darurat.

Istiadat penganugerahan itu yang pertama kali diadakan di Semenanjung turut disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Dewan Bankuasi Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini.

Ia diadakan sempena sambutan peringatan Hari Polis Ke-207.

Pingat dikurniakan bagi menghargai jasa kepahlawanan dan bakti mereka kepada negara semasa zaman darurat (12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960) serta zaman insurgensi komunis (17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989).

Ia juga bagi mengiktiraf mereka yang berkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara di Sabah dan Sarawak. - Bernama

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 25.3.14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan