OLEH- AHMAD YAAKOB
Pada hari ini 7.3 dalam tahun
1961, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), mengadakan satu seminar di
peringkat pihak Pengurusan untuk kali pertama telah diadakan di Kuala Lumpur.
Berucap semasa merasmikan seminar tersebut, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein
berharap seminar bukan sahaja memberi kebaikan kepada pengurus-pengurus tetapi
juga kepada proses-proses perancangan pihak FELDA khususnya kepada masyarakat
di luar kawasan dengan tumpuan kepada memperbaiki pendapatan penduduk yang menjadi
peneroka di bawah rancangan FELDA. Berucap semasa perasmian tersebut Tun Abdul
Razak bin Dato’ Hussein juga berharap pihak pengurusan akan dapat berkomunikasi
dengan pihak peneroka supaya segala perancangan dapat dijalankan dengan licin
dan teratur. Pembangunan tanah di luar bandar telah mendapat kejayaan yang
gemilang hari ini, tentunya kejayaan ini hasil kerjasama yang erat di antara
pihak pengurusan dan peneroka yang dapat memahami hasrat Kerajaan memajukan
golongan peneroka.
SUMBER- http://hids.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan