Sabtu, 8 Mac 2014

AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT JAHILIAH

OLEH- AHMAD YAAKOB
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Kesesatan agama dalam kalangan masyarakat jahiliah mempunyai hubungan rapat dengan ketiadaan petunjuk dan pedoman daripada kitab suci dan rasul pada waktu itu sehingga mereka tunduk kepada kuasa berhala dan menganut agarna berhala (wathani).

       Di samping agamaberhala, terdapat juga aguna-agama lain seperti agama Majusi, Nasrani dan Yahudi yang telah diselewengkan,tetapi bilangan penganuftrya amatlah kecil.
Pengaruh asing menjadi faktor pendorong penyebaran pelbagai agama di Semenanjung Tanah Arab kerana hubungannya dengan dunia luar melalui perdagangan, hubungan diplomatik dan
kegiatan-kegiatan agama. Dua kuasa besar, iaitu Parsi dan Byzantine berlumba-lumba untuk menyebarkan agama masing-masing. Parsi menyebarkan agama Majusi sementara Byzantine menyebarkan agama Nasrani.

       Walau bagaimanapun, sebahagian besar kaum Badwi di kawasan tengah Semenanjung Tanah Arab masih menyembah berhala. Terdapat lima golongan beragama dalam kalangan masyarakat
Arab, iaitu:
(a) menyembah berhalal wathani.
(b) menyembah api/Majusi.
(c) Nasrani/Kristian.
(d) Yahudi.
(e) Hanif/Samawi.
Agama menyembah berhala merupakan agama yang dominan dalam kalangan masyarakat Arab.Orang yang mula-mula memperkenalkan agama menyembah berhala ialah Umar bin Luai. Berhala tersebut dibawa dari Syam lalu diletakan di sekeliling Kaabah dan disembah. Berhala-berhala yang disembah diperbuat daripada batu, kayu dan logam sama ada berbentuk asli atau replika.Pusat agama berhala terletak di kota Makkah. Pada waktu itu di sekeliling Kaabah terdapat kira-kira 360 buah berhala.Berhala-berhala yang terkenal di Makkah ialah al-uzza, al-Latta dan al-Manat.

       Agama Majusi berasal dari Parsi.Mereka tidak mempunyai kitab dan tidak mengakui nabi yang diutus oleh Allah SWT.Penganut agama Majusi mempercayai dua tuhan, iaitu tuhan yang baik dan tuhan Yang jahat.Mereka juga percaya kepada dua konsep api, iaitu api sebagai penerang dan api sebagai pemusnah. Agama ini terbahagi kepada tiga mazhab yang besar, iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradusshitiyah.

       Agama Yahudi ialah agama yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. yang diutus kepadanya kitab Taurat.penganut agama Yahudi, iaitu Bani Israel telah mengubah isi kandungan kitab Taurat dan Allah SWT telah melaknat mereka.

       Agama Nasrani (Kristian) dibawa oleh Nabi Isa a.s. yang diturunkan kepadanya kitab suci Injil.Kaumnya juga telah mengubah isi kandungan kitab ini.Agama Nasrani dikembangkan ke utara Semenanjung Tanah Arab menerusi penduduk Ghassan dan Hirah, di sebelah selatan pula menerusi penduduk Habsyah pada abad ke-6 M.

       Segelintir orang Arab menganut agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s.. Mereka digelar Hunafa (Muslim) dan mentauhidkan Allah SWT.

Kepercayaan animisme
Bentuk kepercayaan masyarakat jahiliah terbahagi kepada dua, iaitu kepercayaan beragama dan kepercayaan animisme.Sebahagian masyarakat jahiliah yang tidak beragama mengamalkan kepercayaan animisme.Antara amalan animisme masyarakat jahiliah ialah memuja roh, penunggu atau kuasa ghaib, menyembah objek-objek seperti batu atau pokok-pokok yang besar, api dan sebagainya.

       Masyarakat jahiliah juga memuja matahari, bulan dan bintang kerana menganggap cakerawala mempunyai kuasa dalam kehidupan mereka. Mereka percaya bahawa matahari membolehkan tumbuhtumbuhan hidup, manakala bulan dan bintang pula menjadi petunjuk dalam perjalanan pada waktu malam.

Golongan masyaralat jahiliah yang menyembah Tuhan Padang Pasir pula dikenali sebagai ahl al-Saf.Amalan yang dilakukan oleh golongan ini ialah berjalan-jalan di padang pasir pada waktu malam sambil menyanyi, bergendang dan membawa unggun api.

       Selain itu, terdapat juga masyarakat jahiliah yang mengamalkan ajaran sihir dengan menyembah jin dan dewa-dewa.Manakala ada pula segolongan masyarakat jahiliah yang
menyembah malaikat lelaki dan perempuan kerana dianggap sebagai perantara.Masyarakat jahiliah juga mempunyai kepercayaan tradisi yang berunsur tahayul seperti menilik nasib,sangka baik dan sangka buruk dengan isyarat-isyarat tertentu, mempercayai kuasa azimat tangkal dan ahli nujum.Kedatangan Islam telah mengubah corak kehidupan masyarakat jahiliah bukan sahaja dari segi agarna tetapi juga dari segi ketamadunan fizikal dan mental.

POLITIK
        Pada zaman jahiliah, tidak terdapat kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang teratur dan berkuasa.Kedudukan  politik  masyarakat padazaman jahiliah dilihat tergugat akibat penjajahan kuasa-kuasa asing. Zaman ini dikenali sebagai zaman penjajahan kerana sebahagian besar Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Byzantine dan Parsi. Masyarakat Quraisy Makkah turut tergugat dengan ancamanancaman kuasa asing. Contohnya, serangan tentera bergajah oleh tentera Habsyah pimpinan Abrahah yang datang dari Yaman pada tahun 570 M (dikenal sebagai Tahun Gajah), iaitu tarikh keputeraan Nabi Muhammad SAW.

       Masyarakat jahiliah sering berperang sesama sendiri dan hidup berpuak-puak untuk mendapatkan restu dan perlindungan daripada pemerintah. Pada zaman penjajahan, mereka tidak lagi berupaya untuk membela diri kerana berasa rendah diri, kalah dan patah semangat
untuk terus berjuang. Akibatrya, mereka menyerah kalah kepada kuasa-kuasa asing yang
telah mendirikan kerajaan-kerajaan boneka di Ghassan (naungan Parsi), Hirah (naunganByzantine) dan Yaman (naungan Habsyah).

       Walaupun tempat-tempat tersebut mempunyai pentadbiran dan pemerintahan sendiri, tetapi ini tidak boleh dianggap sebagai sebuah pemerintahan yang maju dan bertamadun kerana masing-masing terletak di bawah kuasa penjajah.

EKONOMI
     
      Walaupun kehidupan masyarakat Arab di Yaman agak mewah,beragama dan bermoral pada suatu ketika dahulu yang disifatkan dalam al-Quran sebagai baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur,tetapi berikutan keruntuhan Empangan Ma'arib dan kekufuran, kehidupan mereka bertukar menjadi mundur, papa kedana serta sesat.

       Selepas keruntuhan Empangan Ma'arib dan penjajahan ke atas Semenanjung Tanah Arab, keadaan politik dan ekonomi semakin meruncing. Kawasan utara Semenanjung Tanah Arab juga turut terjejas akibat penjajahan Byzantine dan Parsi, bukan sahaja dari segi politik,tetapi juga dari segi ekonomi dan sosial.

       Ramai penduduk di selatan Semenanjung Tanah Arab berhijrah ke utara dan menjalankan aktiviti perdagangan. Namun, kegiatan perdagangan tidak menguntungkan kerana pelbagai halangan seperti pertelagahan sesama kabilah Arab. Perhijrahan ini juga disebabkan kemerosotan hasil pertanian yang berlaku di selatan Semenanjung Tanah Arab pada ketika itu.

       Kerajaan Himyar mencari alternatif dengan melaksanakan dasar penaklukan untuk mengumpulkan kekayaan.Pada mulanya, mereka berjaya mengumpulkan harta yang banyak
melalui penaklukan, tetapi selepas tahun 300 M, kerajaan ini mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk hingga kejatuhan Habsyah pada tahun 534 M. Sejak itu, pertumbuhan ekonomi di Semenanjung Tanah Arab semakin lembap.

       Peristiwa percubaan tentera Habsyah menawan kota Makkah telah memburukkan lagi situasi perdagangan antara kedua-dua buah kawasan ini.Makkah tersepit di antara Byzantine dengan Parsi hingga menyekat perkembangan perdagangannya.Konflik  ekonomi yang wujud dalam masyarakat jahiliah menyebabkan ekonomi masyarakat Arab pada waktu itu tidak
dapat berkembang.

       Pada dasarnya ketidakstabilan politik sanenanjung Tanah Arab merupakan asas kepada pelbagai masalah ekonomi dalam kalangan masyarakat Arab.

Sosial
       Susun lapis masyarakat Arab bermula daripada 'a'ilah (family), dikuti fasilah (gabungan dua a'ilah atau lebih), bani (gabungan dua failah atau lebih), fakhidh (gabungan dua bani atau lebih),batn (gabungan dua fakhidh atau lebih), imarah (gabungan dua batn atau lebih), qabilah (gabungan dua imarah atau lebih) dan yang terbesar sya'b (iaitu bangsa Arab).

       Setiap individu bermegah-megah dengan kabilahnya dan memandang hina kabilah-kabilah yang lain.Semangat  setia kawan atau asabiyah menyebabkan persengketaan sering berlaku sesama mereka walaupun hanya disebabkan perkara kecil.

       Mereka sering berperang sesama sendiri untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan kabilah mereka.Tawanan perang dijadikan hamba abdi jika tiada siapa yang menebus atau melindungi mereka.

      Pada zaman jahiliah, wanita tidak mempunyai tempat yang sewajamya dalam masyarakat dan sering dibawa bersama-sama dalam peperangan untuk memberikan perangsang kepada tentera.Mereka juga sanggup menanam bayi perempuan hidup-hidup kerana menganggap anak perempuan akan memberikan masalah sosial dan ekonomi kepada mereka.
    
     Masyarakat jahiliah berkahwin tanpa had dan batas.Hamba dipandang hina dan mempunyai status terendah dalam masyarakat serta sering diperlakukan dengan perkara-perkara di luar nilai kemanusiaan.Keadaan ini wujud kerana kehidupan mereka bercirikan unsur-unsur gasar yang berlawanan dengan ketamadunan.

       Secara umumnya sistem sosial masyarakat jahiliah tidak menjadikan teras perpaduan sesama kabilah sebagai tunjang kekuatan bangsa mereka.

Ilmu Pengetahuan
       Penyebaran ilmu pengetahuan dan peradaban pernah berlaku di selatan Semenanjung Tanah Arab pada zaman kegemilangannya,sehingga terdirinya beberapa buah kerajaan Arab seperti kerajaan Qataban, Ma'in, Saba' dan Himyar. Namun begitu, ketamadunan itu runtuh akibat kekufuran, kemaksiatan, kejahilan dan kedudukan ekonomi mereka turut musnah akibat keruntuhan Empangan Ma'arib yang menjadi pemangkin kepada ekonomi pertanian.
Sejak itu, kira-kira 300 tahun sebelum Islam, masyarakat Arab mula memasuki zaman jahiliah dan zaman penjajahan.

       Dalam tempoh tersebut, masyarakatArab telah mengalami Zaman Gelap dan mundur bukan sahaja dari segi agama dan akhlak, tetapi juga dari segi ilmu pengetahuan.Masyarakat jahiliah tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti agama, politik, ekonomi,perniagaan dan perdagangan.

       Sejak sebelum zaman jahiliah, penyebaran ilmu pengetahuan telah berlaku di kawasan pinggir bahagian selatan dan barat laut Semenanjung Tanah Arab kerana hubungan perdagangan dengan bangsa asing.Penyebaran ilmu amat terbatas dalam masyarakat jahiliah kerana minat mereka kepada perdagangan mengatasi minat untuk menuntut ilmu pengetahuan.
      
       Ketiadaan pewarisan ilmu menyebabkan mereka gagal membina semula Empangan Ma'arib yang sudah runtuh.Di Semenanjung Tanah Arab pada waktu itu hanya terdapat 17
orang kaum Quraisy yang pandai membaca dan menulis. Jumlah ini amat kecil berbanding saiz masyarakat Arab pada waktu itu.Jadi, masyarakat tersebut boleh dianggap sebagai masyarakat yang buta huruf

       Masyarakat Arab menumpukan kepada daya ingatan dan hafalan kerana mereka tidak tahu membaca dan menulis. Jika sesuatu data atau maklumat tidak diminati, ia akan luput begitu sahaja.Dalam bidang kesusasteraan, sebahagian masyarakat Arab tahu bersyair, bersajak dan berkhutbah.

       Karya-karya kreatif yang dihasilkan berbentuk semula jadi, iaitu karya yang lahir daripada kreativiti dan bakat semula jadi. Karya yang dihasilkan hanya untuk berseronok-seronok dan bukannya karya berbentuk ilmiah.
       Berdasarkan keterangan-keterangan yang diberikan, jelas bahawa sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, wujud masyarakat jahiliah di Semenanjung Tanah Arab.Justeru, Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW dan menurunkan al-Quran untuk menjadi panduan dan rujukan kepada manusia. Al-Quran bukan hanya mengandungi ajaran-ajaran berbentuk akidah, syariah dan akhlak, tetapi juga bidang-bidang lain seperti politik, ekonomi, sosial, perundangan, perubatan, sains dan bidang-bidang pendidikan yang lain.

       Akidah dan ilmu pengetahuan amat penting dan tidak boleh dipisahkan. Melaluinya manusia membina tamadun, mengenali dan mengingati Allah SWT.Kesan dan pengaruh pendidikan Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada manusia mengenai ilmu pengetahuan dan tamadun Islam amat mendalam.

       Sekiranya dibandingkan sumbangan masyarakat Islam dengan masyarakat jahiliah dari segi ilmu pengetahuan, sudah tentu perbezaannya amat ketara. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa masyarakat jahiliah tidak memberikan apa-apa sumbangan dalam aspek ilmu pengetahuan.


       Dengan perkataan lain, pencapaian ilmu pengetahuan pada zaman jahiliah amat rendah. Apatah lagi ramai dalam kalangan mereka tidak berminat dengan ilmu pengetahun, bahkan kebanyakan mereka dikategorikan sebagai golongan buta huruf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan