Isnin, 24 Mac 2014

Perahu lama ‘timbul’

Oleh Ahmad Ismail

Segamat: “Pada waktu malam selepas membawa pulang perahu lama itu ke rumah, saya bermimpi dikejar dua lelaki berbadan besar,” kata Sulaiman Hussain, 39, penduduk Kampung Spang Loi yang mendakwa menemui artifak lama berusia ratusan tahun ketika mencari ikan di Sungai Muar.

Menurutnya, dia menemui perahu berkenaan bersama beberapa serpihan pinggan mangkuk dan botol serta terompah kayu ketika mencari ikan di sungai yang terletak berdekatan rumahnya pada jam 5.30 petang, 14 Mac lalu.Katanya, dia ke sungai berkenaan bersama lima rakannya untuk mencari ikan berikutan paras air yang surut susulan kemarau.

“Tidak lama kemudian, saya ternampak sebatang kayu besar timbul dan membawanya pulang ke rumah kerana bercadang untuk dijadikan pagar kebun sayuran saya.
 Foto
PENDUDUK kampung melihat perahu yang ditemui Sulaiman (kanan).


“Dengan bantuan rakan lain, kami cuba menariknya tetapi terlalu berat. Apabila menyimbahnya dengan air sungai untuk melihat apakah sebenarnya kayu yang kami tarik itu, saya terkejut apabila mendapati ia sebenarnya sebuah perahu.
 Artikel ini disiarkan MYMETRO ONLINE pada : 2014/03/25

Tiada ulasan:

Catat Ulasan