IPOH - Sultan Nazrin Muizzuddin
Shah, 58, putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah yang dilantik sebagai Sultan
Perak yang baharu, adalah seorang yang bijaksana dan berjiwa rakyat.
Baginda berkelulusan ijazah
doktor falsafah dalam bidang Ekonomi, Politik dan Kerajaan daripada Universiti
Harvard, Amerika Syarikat.
Keputusan melantik baginda
sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak
petang kelmarin yang dipengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja,
Jen. (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah
kelmarin.
Sultan Nazrin Shah yang
berkahwin dengan Tuanku Zara dan mempunyai seorang putera, Raja Azlan Muzaffar
Shah, 4, dan seorang puteri, Raja Nazira Safya, 2, dilantik sebagai Raja Kecil
Besar Perak berikutan pelantikan ayahanda baginda sebagai Sultan Perak ke-34
pada 16 Februari 1984.
Mengikut hierarki Sistem
Penggiliran Kesultanan Perak, kedudukan Raja Kecil Besar adalah di tempat
ketiga selepas Raja Di-Hilir dan Raja Muda sebelum dilantik sebagai Sultan.
Sementara itu, kedudukan di
bawah Raja Kecil Besar adalah Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah dan Raja
Kechil Bongsu.
RUJUKAN-KOSMO ONLINE 30.5.14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan