Khamis, 15 Mei 2014

SALAHUDDIN AL AYUBI

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pendahuluan
      Salehuddin al-Ayyubi merupakan tokoh yang bertanggungjawab membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada kekuasaan orang Barat.Ketika tercetusnya Perang Salib, nama dan kepimpinan beliau amat digeruni oleh tentera salib terutamanya setelah berjaya menawan semula beberapa buah wilayah kera-jaan Islam. Beliau juga pernah terlibat dalam peperangan di Mesir, Palestin, dan Syria.

 (a) Menentang tentera salib
. Pada tahun I 164 M, Salehuddin al-Ayyubi telah menyertai ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa saudaranya, Shirkuh yang dihantar oleh Khalifah Nur al-Din. Mereka berjaya menewaskan tentera Salib yang berada di bawah pimpinan Amaury I Setelah Shirkuh meninggal dunia, Salehuddin al-Ayyubi telah dilantik sebagai panglima angkatan tentera Syria. Pelantikan ini menjadi titik tolak kepada kegemilangan dan kemasyhurannya.

(b) Menawan kota Baitulmuqaddis
Salehuddin al-Ayyubi menjadikan Ra'su al-Ma' sebagai pusat gerakannva menuju ke Busra diikuti Karak, Syubak, dan Tabariah. Ketika pertempuran di Hittin, kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Kemaraan tentera Salehuddin al-Ayyubi tidak dapat dikekang lagi apabila beliau berhadapan dengan Raja Baitulmuqddis yang hanya dikawal oleh 150 orang pahlawannya sahaja.Salehuddin al-Ayyubi mengarahkan Raja Baitulmuqaddis, iaitu Gui of Lusignan dan pemerintah Karak iaitu Raynald supaya menghadapnya. Beliau kemudiannva telah memancung kepala Raynald kerana sikap biadab pemerintah Karak tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.

(c) Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut Kristian
 Meskipun orang Islam berjaya menguasai Baitulmuqaddis, namun orans Kristian tetap diberikan peluang mengunjungi kota suci tersebut.Melalui perjanjian damai yang dimeterai antara Salehuddin al-Ayyubi dengan Richard The Lion Heart di Ramalah pada 2 November l192 M orang Islam bersedia memberikan kelonggaran kepada orang Kristian untuk mengunjungi dan beribadat di Baitulmuqaddis

(d) Memulihkan dan membangunkan negara
Salehuddin al-Ayyubi mengarahkan pembinaan kubu Qal'ah al-Jabal yang terletak di atas bukit bagi membendung saki-baki musuh yang masih berada di dalam kota Kaherah. DiSinai, kubu yang hampir sama juga dibina di samping membangunkan Pulau al-Raudah
dan Pulau al-Gizah.
Ibn Jubair pernah menjelaskan pasar minggu yang besar diadakan pada setiap hari Ahad. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan dan tempat bersantai.

Salehuddin al-Ayyubi telah mengubah sebuah dewan di istana yang dibina oleh al-Aziz bin al-Muiz dengan menjadikannya sebuah hospital yang dinamakan Bimaristan al-Atiq. Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada para pesakit. Hospital tersebut juga mempunyai ruangan khas untuk pesakit wanita. Jaring-jaring besi juga dipasang sebagai pemisah bagi mengelak pesakit mental mengganggu pesakit lain.

Memajukan pendidikan
Sebagai individu yang mencintai ilmu pengetahuan, beliau banyak membina sekolah dan menjemput golongan ulama dan cerdik pandai ke negaranya.  Beliau memperkenalkan sistem pendidikan prasekolah yang dikenali dengan nama sistem al-Katib. Mengikut sistem tersebut, kanak-kanak akan mempelajari al-Quran, menghafal hadis, dan meningkatkan kemahiran seni khat. Selain itu, mereka juga diajar tentang asas ilmu matematik, syair, kata-kata hikmat, dan beribadat seperti solat berjemaah.

Memajukan bidang ekonomi .
Dalam bidang ekonomi, negara memperoleh sumber pendapatan yang pelbagai seperti jizyah
yang dikenakan kepada golongan bukan Islam, fidyah yang dibayar oleh tawanan perang untuk menebus diri, harta rampasan perang, dan cukai tanah (kharaj). Cukai-cukai yang membebankan pada zaman kerajaan Fatimiyyah dihapuskan seperti cukai yang dikenakan ke atas jemaah haji.

      Beliau juga menumpukan perhatian terhadap sektor pertanian seperti memberi tumpuan kepada penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan serta teknik-teknik pertanian agar berlaku peningkatan produktiviti dan mengelak kekurangan bekalan makanan.

Kesimpulan
      Kejayaan Salehuddin al-Ayyubi membebaskan semula Baitulmuqaddis merupakan bukti paling ketara yang beliau sentiasa berusaha untuk memartabatkan agama dan negara Islam.
Rentetan daripada kejayaan tersebut, beliau telah dapat melaksanakan pelbagai perancangan
yang meliputi aspek politik, ekonomi, pendidikan, dan kebajikan sosial.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan