Jumaat, 16 Mei 2014

PELANCARAN BUKU MERAH

Pada  hari  ini  16.5 dalam  tahun  1960, Buku  Merah telah dilancarkan. oleh Tun Abdul Razak yang ketika  itu  merupakan  Timbalan  Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pambangunan Luar Bandar telah melancarkan buku tersebut. Buku Merah  mengandungi arahan-arahan beliau dalam perancangan  tugas-tugas  pembangunan. Ini termasuklah  peta, laporan  tentang rancangan-rancangan  umum, kemajuan kaum dan dasar kewangan dalam melaksankan  rancangan-rancangan  kemajuan. Buku  ini dilancarkan  bagi  projek-projek pembangunan  luar  bandar  yang  dicadangkan  bagi  setiap  negeri  di  Malaysia.  Sebelum  sesuatu  pembangunan  dapat  dilaksanakan, keterangan  mengenainya  terlebih  dahulu  digariskan  dengan  jelas dalam  bentuk  rajah  termasuk  peta-peta  daerah  yang  hendak  dibangunkan. Perancangan  dari  peringkat  bawah  ini  dijalankan  oleh  Jawatankuasa  daerah  pembangunan  luar  bandar  yang  dibentuk  di seluruh  negeri dengan  mengambil kira  cadangan  rakyat. Kerja-kerja  pembangunan  dilaksanakan  melalui  3  peringkat  iaitu  peringkat  Pusat,  Negeri  dan  Daerah.   Buku  Merah  telah  membuktikan  keberkesanan  idea  Tun  Abdul  Razak  yang  bertepatan  dengan  keperluan  semasa  negara.  Sesungguhnya  setelah  50  tahun  negara  merdeka,  pembangunan negara terus  diperhebatkan  demi  kesejahteraan  hidup  masyarakat  Malaysia.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan