OLEH – AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 2002, selepas perkhemahan Kadet Bomba di Hutan Lipur Gunung Senyum saya buat kali pertama mendaki Gunung Senyum dan berkesempatan melawat Gua Makam Tok Long. Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum ialah mengenai kisah Tok Long iaitu seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini. Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia. Kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan