NAJIB Tun Razak dan Rosmah
Mansor sambil diiringi Ding Jing Ping serta Mustapa Mohamed ketika melawat
Masjid Besar Xi'an di Xi'an, China, semalam. - BERNAMA
XI'AN (China) 28 Mei - Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menzahirkan rasa kagumnya dengan
Masjid Besar Xi'an yang berusia 1,200 tahun ketika mengunjunginya di ibu kota
wilayah Shaanxi yang terletak di barat Laut China.
Beliau menyifatkan masjid itu
sebagai satu peringatan nyata bahawa Islam telah wujud bersama-sama agama lain
di China sejak sekian lama.
"Islam adalah agama yang
aman dan harmoni, ia terus bertahan sehingga hari ini berikutan tahap toleransi
dalam kalangan masyarakat China," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Sejurus tiba di masjid itu,
Najib dan anggota rombongannya disambut oleh Imam Masjid Besar Xi'an, Ding
Jiping.
Selepas melawat masjid itu,
Najib menyampaikan sumbangan kerajan Malaysia berjumlah AS$10,000 kepada masjid
itu bagi tujuan pemeliharaan warisan.
Pagi tadi, Najib merasmikan
Minggu Pesta Makanan Halal Malaysia-Xi'an Ketiga di Jalan Beiyuanmen (Jalan
Muslim) dan melawat gerai-gerai Malaysia.
Sebanyak 35 usahawan Malaysia
menyertai pesta itu tahun ini.
Sebelum berlepas ke Beijing
bagi meneruskan lawatannya ke China, Najib yang diiringi isteri, Datin Seri
Rosmah Mansor dan anak lelaki mereka, Nor Ashman melawat Museum Qin Terracotta
Warriors and Horses di sini.
Turut mengiringi beliau ialah
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed;
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan
Duta Khas Perdana Menteri di China, Tan Sri Ong Ka Ting.
Delegasi Malaysia turut
dijadual menemui pemimpin tertinggi China di Beijing.
Najib memulakan lawatan rasmi
enam hari beliau ke China pada Selasa sempena ulang tahun ke-40 hubungan
diplomatik Malaysia dan China. - BERNAMA
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140529/dn_10/Najib-kagum-Masjid-Besar-Xian-berusia-1200-tahun#ixzz333jXow9f
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan