Ahad, 25 Mei 2014

SEJARAH UITM JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR

OLEH AHMAD BIN YAAKOB


Universiti Teknologi Mara Pahang Kampus Jengka
Universiti Teknologi Mara Pahang Kampus Jengka memulakan operasinya dalam bulan Mei, 1993. Seramai 225 orang pelajar, 15 orang kakitangan pentadbiran dan 6 orang pensyarah memulakan penghidupan mereka di Kampus Jengka. Kerajaan Negeri Pahang telah menyediakan kawasan seluas 1000 ekar di tepi Bandar Pusat Jengka untuk dijadikan sebagai kampus tetap UiTM Pahang.

      Penubuhan Universiti Teknologi Mara Pahang Kampus Jengka pada dasarnya bermula sejak dari tahun 1976 lagi. Ini terbukti dengan terdapat salinan surat di antara Setiausaha Kerajaan Negeri dengan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Jengka ketika itu iaitu (Encik Mohd Khalil Yaakob) sekarang Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertuan Besar Negeri Melaka. Ini diikuti dengan kelulusan kerajaan negeri mengagihkan kawasan seluas 1000 ekar tanah di Bandar Jengka. Menteri Besar Pahang pada ketika itu Datuk Mohamad Najib Tun Abdul Razak menyifatkan kelulusan itu sebagai usaha kerajaan negeri untuk menarik lebih banyak lagi pusat pengajian tinggi, membuka cawangannya di Pahang untuk kemudahan pelajar-pelajar negeri ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan