OLEH – AHMAD BIN YAAKOB.
JALAN UTAMA MASUK KE FELDA CEMPAKA JENGKA 2
Tanah Rancangan Felda Jengka 2 terletak dalam daerah Maran iaitu 15 kilometer dari Bandar Pusat Jengka. Felda Cempaka Jengka 2 telah dibangunkan pada tahun 1966 dan mempunyai dua peringkat dengan kawasan kelapa sawit seluas 1,836.72 hektar dan 142.41 hektar kawasan perkampungan. Ladang sawit mula membuahkan hasil pertamanya pada bulan Januari 1971. Menurut Muhammad Zain Mat, Tanah Rancangan Felda Jengka 2 mula dibuka pada tahun 1970.[1] Felda Jengka 2 atau dikenali sebagai Felda Cempaka dibuka pada tahun 1966. Nama Cempaka dipilih berdasarkan hasrat Tun Abdul Razak Hussin yang memilih nama bunga untuk setiap Felda bermula dari Felda Jengka 1 hingga Felda Jengka 25.[2]
KAWASAN PERUMAHAN FELDA CEMPAKA JENGKA 2
Seramai 448 keluarga peneroka Melayu ditempatkan di tanah rancangan ini mulai tahun 1970. Seramai 104 buah keluarga peneroka Melayu ditempatkan di Peringkat Satu dan 344 keluarga di Peringkat Dua. Dari jumlah ini pula seramai 134 atau 30% peneroka berasal dari negeri Pahang, 30% dari Melaka, 17% dari Kelantan, 11% dari Negeri Sembilan dan 12% dari negeri-negeri lain.[3] Penduduk Felda Jengka 2 bukan sahaja terdiri daripada masyarakat peneroka, tetapi juga terdiri daripada mereka yang bekerja sebagai Pegawai Felda, pekerja-pekerja di Kedai DMart merupakan milik Felda, guru-guru yang mengajar di Sekolah Rendah Jengka 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Kini Felda Jengka 2 tidak lagi menerima kemasukan keluarga peneroka baru kecuali anak dan isteri peneroka yang mewarisi tanah pertanian bapa atau suami mereka sebagai peneroka.[4]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan