Selasa, 8 Disember 2015

Pusat sehenti gajet ala Low Yat di Menara Mara kini dibuka

MAISARAH SHEIKH RAHIM  |  08 Disember 2015 12:23 PM
KUALA LUMPUR 8 Dis. - Pusat sehenti penjualan gajet dan alat telekomunikasi ala Low Yat yang terletak di Menara Mara di sini, dibuka untuk orang ramai mulai hari ini.
Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dinamakan Mara Digital itu memberi satu lagi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan lebih murah dan jaminan ketulenan di bawah satu bumbung.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penubuhan pusat perniagaan yang dikhususkan untuk peniaga bumiputera itu telah direalisasikan selepas tiga bulan cadangan pelaksanaannya.
Katanya, Mara Digital akan menjadi projek permulaan sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada tahun depan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian itu di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

- Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pusat-sehenti-gajet-ala-low-yat-di-menara-mara-kini-dibuka-1.166839#sthash.Sj8VFqPn.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan