New Delhi: Purata manusia memiliki 32
gigi, tetapi bagi Vijay Kumar, dia mempunyai lebih banyak daripada itu.
Kumar dari Bangalore, India, diiktiraf
oleh Rekod Dunia Guinness sebagai orang yang mempunyai paling banyak gigi, 37
semuanya.
Lelaki berusia 27 tahun itu mula menyedari
dia memiliki sesuatu yang luar biasa di dalam mulutnya ketika berumur belasan
tahun.
Bagaimanapun, dia hanya cuba untuk
mendapatkan pengiktirafan Guinness beberapa tahun lalu.
Kini dia bangga dengan pengiktirafan itu
yang dianggapnya sesuai dengan cabaran dihadapinya setiap hari.“Ke mana saya pergi, saya menggosok gigi
setiap kali selepas makan. Jika tidak, saya tidak rasa selesa kerana ada saja
sisa makanan terselit pada gigi, lebih-lebih lagi di bahagian atas.
Mendapat pengiktirafan Guinness adalah
langkah pertama. Bahagian paling sukar ialah merakam gambarnya, menurut
jurugambar Guinness Ranald MacKechnie. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6
Disember 2015 @ 5:07 AM
KUMAR menunjukkan giginya.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/98209#sthash.LtxFxBlF.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan