Agensi
Cartagena: Pihak berkuasa semalam
mengumumkan ia menemui rangka kapal Sepanyol yang sarat dengan emas, perak dan
batu berharga, 300 tahun selepas ia dikaramkan Britain di Laut Caribbean.
“Ia penemuan harta karun paling bernilai
pernah ditemui dalam sejarah kemanusiaan,” kata Presiden Juan Manuel Santos,
semalam.
Dia berkata demikian di bandar pelabuhan
Cartagena, berhampiran tempat pakar menemui harta itu.
Pemburu harta karun berusaha mencari kapal
itu sejak puluhan tahun lalu yang disifatkan oleh beberapa pihak sebagai ibu
kepada semua kapal yang karam.
Jumlah harta yang dipercayai berada dalam
rangka kapal itu dianggarkan bernilai sekitar AS$2 bilion (RM8.4 bilion).
Nilainya sepatutnya lebih tinggi tetapi
menurun kerana kejatuhan mendadak harga perak, menurut Sea Search Armada (SSA)
yang berpejabat di Amerika Syarikat.
SSA yang mendakwa menemui tempat rangka
kapal itu terdampar pada awal 1980-an, terbabit dalam pertelingkahan sengit
dengan kerajaan Colombia mengenai hak ketuanan terhadap harta itu.
Kapal itu, San Jose, karam pada Jun 1708
berhampiran Islas del Rosario, di pesisir pantai Colombia ketika bertempur
dengan kapal Britain yang cuba merampas kargonya, sebahagian daripada Perang
Rebut Takhta Sepanyol.
San Jose kapal utama mengetuai sekumpulan
kapal membawa emas, perak dan barangan berharga lain dari tanah jajahan
Sepanyol di benua Amerika untuk Raja Philip V.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7
Disember 2015 @ 5:09 AM
GAMBAR yang dirakam di dasar laut
menunjukkan antara artifak ditemui dalam kapal San
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/98379#sthash.0MKlgMxW.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan