Khamis, 14 Disember 2017

Profil Rasulullah dalam Syamail Muhammad SAW

ARKIB : 26/12/2008
Oleh ZUARIDA MOHYIN
 
BUKU Syamail Muhammad SAW (Keperibadian Rasulullah SAW) merupakan senaskhah nukilan yang sangat berharga kerana memaparkan secara terperinci semua hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi berkaitan susuk peribadi Rasulullah SAW serta perilaku dan sahsiah baginda secara zahir dan batin.

Ia adalah hasil himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah dalam lima aspek kehidupan Baginda iaitu;

-Fizikal

Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.

-Perilaku

Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.

-Ibadah

Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran.

-Perhubungan dan akhlak

Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, terasa malu dan tangisan.

-Penghidupan

Nama-nama rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.

Ia merupakan sebuah buku terbitan asal dari Indonesia dan diterbitkan semula oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. dengan beberapa nilai tambah supaya lebih diterima, khususnya oleh masyarakat di Malaysia.

Antaranya, buku ini menyediakan glosari lengkap kepada pembaca untuk memudahkan pemahaman. Ia sangat sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin mengenali Rasulullah SAW dengan lebih rapat lagi.

Kini sebagai umat Rasulullah SAW, bagaimana kita mahu menginterpretasikan kehidupan yang digambarkan pada zaman Rasulullah SAW dengan kehidupan pada zaman yang serba moden ini? Alam sekitar telah berubah menjadi rumah kediaman dan ruang pejabat moden yang canggih dan bersih.

Pakaian dan aksesori telah bertukar daripada pelbagai jenis kain dan warna. Corak kehidupan seharian juga telah berubah mengikut keadaan ekologi setempat, profesion, cuaca, kreativiti dan budaya di mana sahaja umat Islam itu berada. Mampukah kita untuk mencontohi baginda?

Untuk maklumat lanjut sila layari www.telagabiru.net.my atau hubungi 03- 6275 4070
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz51EohTJa5

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan