ARKIB : 03/11/2008
KUALA LUMPUR - Pasangan negara,
Mak Hee Chun-Teo Kok Siang melengkapkan tahun 2008 yang cemerlang apabila
muncul juara beregu lelaki Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Pune, India
semalam.
Kemenangan tersebut dilakar
hanya tiga bulan selepas mereka berjaya merangkul kejuaraan Remaja Asia di
Kuala Lumpur.
Hee Chun-Kok Siang, menepati
status sebagai pilihan pertama kejohanan selepas menundukkan pasangan dari
China dan pilihan ketiga/empat, Chai Biao-Qiu Zihan 21-18, 21-14.
Malah apa yang menjadikan
kemenangan lebih bermakna, beregu negara itu berjaya menebus kekalahan kepada
pasangan yang menundukkan mereka pada separuh akhir acara berpasukan, minggu
lalu.
Hee Chun-Kok Siang menjadi
beregu ketujuh Malaysia (lelaki dan campuran) berjaya merangkul kejuaraan
remaja dunia selepas Chan Chong Ming-Jeremy Gan memenanginya buat kali pertama
pada 1996.
Malah bagi Kok Siang,
kemenangan semalam berjaya menyamai pencapaian abangnya, Teo Kok Seng, yang
muncul juara beregu lelaki bersama Chong Ming pada 1998.
Sementara itu pasangan
Singapura, Fu Mingtian-Yao Lei melakar kejutan terbesar apabila menundukkan
pilihan pertama, Xie Jing-Zhong Qianxin dari China 21-19, 21-17 untuk muncul
juara beregu wanita.
China bagaimanapun membawa
pulang dua gelaran - perseorangan lelaki dan beregu campuran, manakala tuan
rumah meraikan kemenangan terbesar pemain wanita mereka, Saina Nehwal.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz512eXC5oR
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan