Oleh-Ahmad bin Yaakob
Masyarakat Maritim di Portugal
Masyarakat maritim merupakan
masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kelautan. Kemunculan
masyarakat maritim berkaitan dengan kelahiran kerajaan-kerajaan maritim.
Kerajaan tersebut mengukuhkan kedudukan dan kekuatan dengan menguasai aktiviti maritim
seperti perdagangan, perikanan, perkapalan dan penjelajahan. Kemunculan Portugal
sebagai kuasa maritim yang unggul bermula sejak abad ke-15 dan 16. Perkembangan
ini menyebabkan muncul golongan pelayar dan peneroka yang terkenal. Pelayar
Portugal melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan, penjelajahan, perdagangan
dan penjajahan.[1]
1.a) Definisi masyarakat
Maritim
Masyarakat maritim ialah
masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan
, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan.
Masyarakatnya tinggal di kawasan pesisir
pantai, lembah sungai kawasan kepulauan,pelabuhan atau bandar pelabuhan yang
terletak di muara sungai.Pelabuhan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti
tempat menyimpan barang, tempat
penginapan, bekalan air dan pusat berjual beli.[2]
Kemunculan masyarakat maritim di negara
Eropah dapat dikesan sejak abad ke-15, Portugal muncul sebagai kuasa laut yang
terunggul menjelang abad ke-16M.[3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan