Sabtu, 24 Jun 2017

Malaysia sambut Aidilfitri esok



 Selamat Hari Raya  

24 Jun 2017 8:09 PM
KUALA LUMPUR 24 Jun - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 25 Jun" katanya.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran radio dan televisyen tempatan. - BERNAMA

Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-sambut-aidilfitri-esok-1.496687#ixzz4kwF4P3Vd
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan