OLEH-AHMAD YAAKOB
a) Kegiatan Ekonomi Berasaskan
Kelautan.
Masyarakat Jepun terlibat
dengan kegiatan penangkapan ikan. Harold M. Vinacke mengatakan makanan orang
Jepun yang sama penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasillaut seperti
mutiara, perdagangan, membaiki dan membuat kapal.
Perikanan merupakan pekerjaan
utama penduduk Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun
ialah ikan. Nelayan Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.[1]
b) Lokasi Petempatan Di Pesisir
Pantai.
Lebih kurang 97% wilayah
daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya iaitu Hokkaido,Honshu
(pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Sebanyak72% pulau-pulau di Jepun
bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi.
Masyarakat maritim Jepun tinggal
di pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di kawasan-kawasan
bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima dan lain-lain
bandar pelabuhan. Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduknya terdedah kepada kegiatan berasaskan laut.[2]
c) Masyarakat pelbagai Budaya.
Jalinan perhubungan dengan
masyarakat antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh
budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh
Kristian Portugis,agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang
merupakan kepercaya:an tempatan. Di bandar-bandar pelabuhan pula terdapat
pedagang-pedagang Portugis,Sepanyol dan china. Sebelum pengalaman Dasar Tutup Pintu,
mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian dan
mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agamamereka.[3]
d) Menguasai Ilmu Kelautan Dan pelayaran.
Masyarakat maritim Jepun
menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara,Amerika
Selatan, Korea dan China.Mereka mampu membina kapal besar meredahlautan. Kapal
mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata pedagangJepun yang
berlayar dalam perdagangnya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara di awal
pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal
Jepun melakukan pelayaran dagangke luar negeri.[4]Kemajuan
dalam bidang teknologi menyebabkan masyarakat maritim di Jepun mampu untuk
belayar hingga ke Korea, China dan Asia Tenggara.[5]
e) PelabuhanEntreport.
Masyarakat Jepun mengendalikan
perdagangan melalui pelabuhan entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate danNagasaki.
Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga,
pedang, dan barang-barang lainnya.Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan
produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah
jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging.Pelabuhan-pelabuhan
Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antarakapal-kapal Jepun dan China.
f) Menerima Pengaruh Luar.
Sebelum dasar tutup pintu abad
7, masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar seperti agama Buddha,
Confucius dan agama Kristian.Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama
kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan
kebudayaan antata Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban).
Penganut Kristian
bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah
tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima
pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia
Barat sebagai namban yang bererti
kaum gasardari selatan.[6]
Menjelang abad ke-17 pedagang Belanda, British dan Sepanyol menjalankan
perdagangan dengan Jepun. Kedatangan pedagang Barat menyebabkan aktiviti
perdagangan berkembang pesat.[7]
[1]“Masyarakat Maritim”, dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013)25.
[2]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar
2013),hlm.50.
[3]“Masyarakat Maritim”, dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah Penggal ,26.
[4]Ibid.
[5]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,51.
[6]“Masyarakat Maritim”, dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013)27.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan