Persamaan antara masyarakat agraria
Belanda dan China ialah kedua-duanya menjalankan ekonomi pertanian. Kedua-dua
negara ini juga menjalankan aktiviti mengekspot hasil pertanian .mereka.
Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijiirin seperti gandum,
barli, oat yang menjadi sumber utama pertanian.Belanda Tanaman lain pula yang
diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan.Manakala tanaman
utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak
ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.Tanaman lain turut
diusahakan seperti tanaman kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin
lain. Masyarakat China,yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam
padi huma sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.
Selain itu, kedua-dua negara tersebut juga
menjalankan industri swasta seperti industri tekstil. Contohnya di Belanda ,
pada kurun ke-17, industri tekstil di Leiden berjaya dikembangkan terutamanya dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen,
says, fustians dan camlets.Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran
kain sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden,
Haarlem telah menjadi bandar pengeluaran kain linen utama untuk dipasarkan ke
Eropah. Manakala di China Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan
perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di
Kiangnan.
Perbezaan lain ialah masyarakat agraria
di Belanda menjalankan ekonomi penternakan
dan perikanan,Manakala
di China menjalankan ekonomi perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan. Contohnya
di Belanda, penternakan lembu susu diusahakan untuk pengeluaran bahan ternusu.
Belanda menjadi tempat utama pentemakan lembu. Lembu-lembu daging yang ditemak
akan disembelih dan dieksport ke kawasan-kawasan di selatan. Pengeksportan
lembu-lernbu yang telah disembelih dan diproses berlaku antara tahun 1500 hingga
1660. Selain itu di Belanda juga, dianggarkan satu per lima daripadanya
terlibat dengan industri perikanan yang menguntungkan Belanda.
Manakala di China masyarakat agraria juga
melakukan aktiviti perusahaan pertukangan yang diusahakan secara perkongsian
antara dua orang atau lebih dan kebanyakan mereka mengetahui cara perkongsian modal
bersama atau joint stock. Mereka turut berkongsi tanggungjawab terhadap
kemajuan perniagaan. Selain itu di China juga seluruh perusahaan di China
bergabung membentuk kesatuan. Antaranya ialah persatuanpenenun,kesatuan
peniagabank,kesatuan peniaga pakaian,dan
kesatuan
peniaga emas.
Kesimpulannya,persamaan antara
masyarakat agraria Belanda dan
China ialah dari segi ekonomi pertanian
dan industri swasta. Manakala perkara yang membezakan masyarakat agraria di
Belanda dan China ialah dari segi pelaksanaan ekonomi penternakan lembu dan
perikanan di Belanda serta perusahaan
pertukangan dan penubuhan persatuan perusahaan di China.Ekonomi agraria Belanda
lebih terbuka, sedangkan ekonomi agraria China lebih tertutup. Kedua-dua
masyarakat Belanda dan China memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang memberi
pendapatan yang lumayan kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan