Pada hari ini 24.4.1920 Duli
Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar telah meletakkan batu asas tambak Johor.
Upacara ini dihadiri bersama oleh Sir Lawrence Guillemard sebagai wakil
kerajaan Negeri-negeri Selat. Sebelum rancangan pembinaan tambak Johor dijalankan,
beberapa skim telah dikemukakan untuk membina sebuah jambatan bagi
menghubungkan negeri Johor dengan Singapura. Tetapi oleh kerana tapak bagi
pembinaan jambatan itu tidak menyakinkan, rancangan itu dibatalkan. Akhirnya
pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri-negeri Bersekutu Mr.W.Eyre Kenny mengemukakan
cadangan bagi pembinaan tambak Johor. Tambak batu ini yang berukuran 3,465 kaki
panjang dan 60 kaki lebar mengandungi tambakan batu yang dianggarkan berjumlah
setengah juta kaki persegi. Di atas tambak itu dibina landasan keretapi dua
hala dan sebatang jalan raya selebar 26 kaki untuk kenderaan. Manakala
disebelah kiri dan kanan tambak dibina lorong untuk berjalan kaki. Projek
pembinaan tambak ini selesai dalam masa lima tahun dengan perbelanjaan sebanyak
$17 juta. Pada bulan Januari tahun 1942, tentera British telah mengebom tambak
itu untuk menahan kemaraan tentera Jepun ke Singapura, dan memusnahkan
sepanjang 70 kaki dari bahagian tambak itu. Kerosakan itu telah diperbaiki oleh
Jepun dua bulan kemudiannya. Hingga ke hari ini tambak Johor masih tetap utuh
dan kukuh sebagai nadi perhubungan darat yang terpenting di antara semenanjung
Malaysia dengan Singapura.
http://www2.arkib.gov.my/hids
Tiada ulasan:
Catat Ulasan