Seni bina India abad ke-16-17
Seni bina bermaksud bidang seni
untuk mendirikan bangunan, reka bentuk,dan
reka letak yang dibina oleh manusia. Pemerintahan kerajaan Moghul di
India berakhir pada tahun 1857 M apabila British bertindak membuang negeri
pemerintahnya yang terakhir, iaitu Bahadur Shah 2. Antara tokoh terhebat dalam
kerajaan ini yang menyumbangkan kemajuan khususnya dalam bidang seni bina ialah
Syah Jehan (1627-1658 M).
CIRI-CIRI SENI BINA INDIA
Ciri-ciri seni bina kerajaan
Mughal di India antaranya ialah bangunan masjid yang didirikan dilengkapi
dengan menara-menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab.
Unsur-unsur lain ialah terdapatnya kubah-kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai puncak yang meruncing.
Binaan sebegini menggambarkan
gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan. Pada zaman kekuasaan
kerajaan Moghul ini terbina yang besar dan istana yang didirikan dalam sesebuah
komplek, contohnya Masjid Lapan Mutiara di Agra.
Kubur/ Makam Diraja
Monumen lain ynag terdapat pada
zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah Kubur atau tempat pemakaman raja-raja dan
kaum kerabatnya. Bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan menggunakan
bahan-bahan merah yang kekal lama.
Kebiasaanya bangunan berkenaan
dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara
bersendirian, iaitu terpisah dari kesatuan bangunan yang menjadi induknya.
Taj Mahal
Binaan yang paling mengagumkan
pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul iaitu Taj Mahal. Bangunan ini dibina di
Agra sebagai tanda cinta dan kasih Syah Jehan dan isterinya, Mumtaz Mahal.
Bangunan ini didirikan dihujung sebuah kolam yang luas dengan pintu masuk
berbentuk lengkuk awan yang menawan.
Di bangunan tersebut juga
didirikan masjid-masjid yang seolah-olah mempunyai tiga hingga tujuh buah
mihrab yang dibina bersebelahan. Terdapat juga masjid-masjid lain yang
berdinding tebal, tiada tingkap, dan dibuat kosong tanpa sebarang hiasan.
Identitinya hanya terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja.
Berkaitan dengan pembinaan
istana, binaannya hampir sama sebagaimana masjid, iaitu terdapat istana di
Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akhbar diperbuat daripada batu merah yang
disusun dengan saiz yang agak besar.
Sebuah gapura yang dibina
sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini. Di sekeliling istana,
terdapar tembok batu yang mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah yang
juga merupakan ruang rasmi pemerintah.
Kompleks ini mempunyai
cirri-ciri keselamatan yang baik. Terdapat juga pintu gerbang yang terpisah
oleh sebuah lorong dan terdapat juga satu kawasan lapang yang memisahkan pintu
gerbang kedua dengan bangunan istana.
Dari segi bahan binaan,
kebanyakannya menggunakan bahan yang berkualiti seperti marmar dan batu merah.
Permukaan dinding bangunan pula dihiasi dengan lukisan mozek yang indah,
seramik serta lukisan-lukisan dari teknik stucco.
Kota Merah, Delhi (Kubu Merah/Red Fort)
Kota Merah atau nama sebenarnya
Lal Qil’ah atau Qila-Mubarak (Kota yang dirahmati). Kota ini ialah istana bagi
Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi sehingga tahun 1857.
Penggunaa warna batu bata merah
yang memperlihatkan skema warna ‘Monokrome’ digunakan untuk membinanya.
Kota atau kubu ini terletak
kira-kira 2.5km dari Taj Mahal terletak di tepi sungai Jumna.
Pembinaannya bermula pada 1638
oleh pemerintah Moghul ke-5, Maharaja Shah Jahan (orang yang sama membina Taj
Mahal) dan mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan (1648)
Kota Merah ialah binaan kubu
sepanjang 2km yang pernah berfungsi sebagai tembok pertahanan terpenting
penduduk Kota Delhi daripada serangan sejak zaman-berzaman.
Kubu ini dibina dengan sungai
menakung air disekelilingnya sebagai benteng pertahanan daripada dicerobohi
musuh.
Monumen ini memperlihatkan seni
bina campuran daripada keindahan seni bina Parsi dan bentuk-bentuk seni bina
India. Selain itu, bengunan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
itu juga adalah bekas kediaman keluarga diraja Moghul.
Masjid Jama, Delhi
Tidak jauh dari Kota Merah (Red
Fort) tersergam indah sebuah masjid dari kurun ke-17 iaitu Masjid Jama yang
dibina oleh pemerintah Moghul yang sama iaitu Shah Jahan untuk puterinya
Jahanara Begum. Maharaja Shah Jahan dikatakan meletakkan batu asas masjid ini
dipuncak sebuah bukit pada tahun 1650.
Nama asal Masjid Jama ialah I
Jahan Numa (dalam bahasa parsi bermaksud Masjid Cermin Dunia) dan kini lebih
dikenali dengan nama Masjid Jama. Masjid ini terletak diatas sebuah bukit yang
dikenali sebagai Bhojla kerana maharaja mahukan monument masjid ini lebih
tinggi kedudukannya daripada takhtanya di dalam Kota Merah yang terletak
berhadapan dengan Masjid Jama.
Kehebatan binaan itu kekal
sehingga hari ini sebagai masjid terbesar di India yang menjejaki usia 356
tahun atau satu-satunya masjid yang mempunyai Iman Diraja untuk mengetuai
sembahyang semenjak 13 generasi. Pembinaan Masjid Jama yang memakan masa selama
6 tahun dengan kerahan tenaga seramai 5000-6000 penduduk Islam dan masjid ini
dapat disiapkan pada tahun 1656.
KESIMPULAN
Sememangnya kerajaan Moghul
memberikan sumbangan besar dalam bidang kebudayaan khususnya dari aspek seni
bina. Ia bukan sahaja menggunakan bahan yang kukuh bahkan yang paling unik
menggabung nilai-nilai kesenian Islam dengan unsur tempatan Parsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan