OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Perkembangan Ilmu Naqli dan
Aqli zaman Khalifah Umayyah di Andalusia pada abad ke 11 - 13M :
Sebagaimana kerajaan Abbasiyah, kerajaan
Islam di Andalusia sekitar abad ini juga berada dalam era kemerosotan dari sudut
politik, pemerintahan serta kekuasaan di
bumi Sepanyol. Walau bagaimanapun kerajaan ini masih beruntung kerana wujud banyak
institusi pengajian serta perpustakaan di Andalusia seperti di Cordova,
Seville, toledo dan Granada. Kelahiran ramai ilmuan yang menguasai ilmu naqli
dan ilmu aqli juga telah menyelamatkan kerajaan Umayyah di Andalusia daripada terus
malap dalam bidang intelektual.[1]
a. Pada abad ke-I1 hingga 13M,
kerajaan Umayyah di Andalusia berada di bawah pemerintahan kerajaan Muluk
al-Tawa'if khususnya kerajaan Murabitun dan Muwahiddun.
b. Kegiatan keilmuan berkembang
pesat pada zaman Muluk alTana'if. Zamankeemasan keilmuan Andalus berlaku pada
zaman kerajaan Muwahiddun.
c. Kemasukan aliran Asya'irah
di Andalus pada era kerajaan Muwahiddun secara tidak langsung mengembangkan
aliran ilmu kalam. Lahirnya tokoh ilmuan terkemuka seperti ibn Tufayl dan Ibn
Rushd,Ibn Zuhr dan lain-lain.
Faktor perkembangan ilmu naqli dan ilmu aqli :
a. Kerajaan Muwahiddun
mengamalkan dasar pintu terbuka dan bersikap lebih demokratik bagi menyemaakkan
perkembangan naqli dan aqli berbanding kerajaan seberumnya (Murabitun) yang
lebih fokus pada fahaman dan fiqh alMaliki.
b. Galakan pemerintah terhadap
kegiatan keilmuan termasuk penulisan dan terjemahan karya-karya bahasa Arab dan
Yunani ke bahasa Eropah. Ledakan ilmu era ini menjadikan Andalus pusat
pengaliran ilmu terkemuka ke Eropah.
c. Dasar pemerintah
membangunkan pelbagai institusi pengajian dan kecintaan mereka terhadap ilmu
dan ulama.
. Masjid dan istana menjadi
pusat utama pengajian dan tenaga pengajar terdiri daripada khatib, imam dan
ulama yang diberi gaji.Cordova muncul kota ilmu dengan kewujudan banyak istana,
sekolah, universiti dan
perpustakaan.
Perkembangan ilmu naqli (keagamaan) :
a. Ilmu tafsir - Ibn 'Atiyyah
seorang mufassir terkemuka – Kitab al-Muharrar al-Wajiz. Menggunakan pendekat
an Tafs ir bi al-Ma'athur. Ibn al-'Arabi dengan karyanya Tafsir al-quran al-Karim
dengan memuatkan aliran tafsir al-Sufi.Imam al-Qurtubi dengan
karyanyaAl-Jami'li Ahknm al-Qur'an dengan memuatkan aliran fiqh al-Maliki. Ibn
Rushd mengemukakan aliran tafsir bi al-Ra'yat-Fatsafi di dalam karyanya Al-fasl
at-Maqal.
b. Ilmu hadis - Ibn Hazam yang
dikaitkan dengan penghasilan kitab-kitab fekah dan ilmu hadis. Ibn Ubd al-Barr
dengan karya agungnya al Isti'ab li Sahabah. Qadi Iyad menghasilkan 20 buah
kitab yang berkaitan fekah, hadis dansejarah. Karyanya al-Shifa bi Ta'rif Huquq
al-Mustafa yang
mengandungi pujian-pujian
terhadap Nabi Muhammad SAW,akhlak dan mukjizat baginda.
c. Ilmu fiqh - era kerajaan
Muwaahiddun memperlihatkan senario keterbukaan masyarakat dalam berpegang pada mazhab
tertentu. Ulama fiqh terkenal - Ziyadlbn AbdulRahman,Ibn Yahya dan lain-lain.
d. Ilmu tasawuf - Muhyidin (Ibn
Arabi), iaitu seorang ulama Sufi yang terkenal dan banyak menghasilkan tulisan
seperti alFutuhat al-Makkiyah dan terkenal dengan fahaman Wahdat al- wujud.
Perkembangan ilmu aqli :
a. Falsafah dan ilmu - Ibn
Tufail yang menulis buku Hayy lbn Yaqzan (novel Arab pertama dan novel falsafah
pertama).Karya beliau telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.Ibn Bajjah -
merupakan komentator karya-karyaAristotle, ahli muzik dan fizik. Karyanya-
Tadbir al- Mutawahhid.lbnu Ruysd - penafsir karya Aristotle, mengharmoni antara
falsafah dan agama. Karyanya - Thahafutut Thahafut. Pengaruhnya yang besar
telah menyebabkan munculnya aliran falsafah di Eropah yang dikenali dengan nama
Averoisme.
b. Perubatan - Ibn Rusyd dengan
karyanya Kulliyahfit-Thibb yang menjadi sumber rujukan untuk berabad-abad
lamanya di Eropah.
c. Sains dan teknologi - Abbas
Ibn Firnas (ahli kimia, fizik danastronomi). Ibn Yahya al-Naqqash (ahli
astronomi). Abu Abdullah Muhammad Al-Idrisi (ahli sains dan geografi) dan Said
al-Andalusi (ahli astronomi dan matematik).
d. Sejarah - Ibn Khaldun dengan
karyanya Mukhadimmah dan Ibn Hazm dengan karyanyalamharah al-Ahsab dan Rasailfi
Fadl Ahlal Andalus.
e. Geografi - Ibn Jubair dan
Ibn Batutta
f. Perubatan - Ibn Zuhr dengan
karyarrya Kitab al-Taysirfi alMudawat wa al-Tadbir, Kitab al-Iqtisadfi Islah
al-Anfus waal-Ajsad dan Kit ab al-Aghaziyah. Kary a beliau diterjemah ke dalam
pelbagai bahasa.
Muzik dan kesenian - al-Hasan
Ibn Nafi'
Bahasa dan sastera - Muhammad
Ibn Malik dengan karyanya Affiyah lbnu Malik dan lain-lain.
Penubuhan Institusi Pendidikan
di Eropah :
a. Falsafah Kristian (Eropah)
dipengaruhi oleh falsafah Islam sejak abad ke-12M.
b. Kerajaan Islam yang
memerintah Eropah telah mendirikan sekolah, institusi pendidikan dan universiti
sebagai pusat penyebaran ilmu.
c. Toledo merupakan pusat
peradaban dan kebudayaan Islam terbesar
d. Cordova merupakan pusat
pentadbiran dan intelektual utama di Andalus dan sering dikunjungi pelajar dari
pelbagai negeri Eropah.
e. Andalus merupakan sumber
ilmu bagi Eropah selama hampir tiga abad.
f. Penubuhan universiti-universiti
diteruskan oleh orang-orang Eropah selepas kejatuhan Andalus.
. Perkembangan Ilmu Islam
mempengaruhi peradaban Eropah
a. Pengaruh ilmu Islam ke Eropah
sejak abad ke-12M melahirkan gerakan kebangkitan bangsa Eropah (renaissance)
pada abad ke-14M.
b. Renaissance - kebangkitan
kembali minat bangsa Eropah untuk mengkaji ilmu yang berkembang dalam bangsa
Yunani (falsafah).
c. Bangkitnya kembali pemikiran
Yunani di Eropah kali ini adalah melalui terjemahan-terjemahan Arab yang
dipelajari dan kemudian disalin kembali dalam bahasa Latin.
d. Andalus merupakan tempat
paling utama untuk menyerap peradaban Islam bagi bangsa Eropah.
e. Pengaruh peradaban Islam
dapat dilihat di universiti Eropah dan, tradisi keilmuan yang terkandung di
dalamya serta melalui buku-buku atau karya ilmiah yang telah diterjemahkan
tokoh Eropah.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan