Ahad, 17 April 2016

5.Bincangkan perkembangan ilmu naqli dan aqli zaman khalifah Abbasiyah pada abad ke 11M-13M.20m

Kerajaan Abbasiyah telah muncul sebagai pusat perkembangan ilmu sejak zaman pemerintahan Kharifah Abu Jaafar al-Mansur dan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmum.
Pada abad ke 11 hingga 13M, kerajaan Abbasiyah berada di bawah kekuasaan Saljuk. Ilmu pengetahuan dan agama berkembang pesat dan mencapai kemuncak pada zaman Sultan Malik syah dan dibantu wazir Nizam al-Mulk.
Nizam al-Mulk bertanggungiawab membangunkan Madrasah Nizamiyah dan Madrasah Hanafiyah di Baghdad. Lima bidang keilmuan diajar di Madrasah Nizamiyah .al-Quran,hadis, fiqh dan bahasa Arab.

      Galakan pemerintah terhadap perkembangan ilmu merahirkan ramai ilmuan Islam dalam bidang ilmu naqli seperti az-Zamakhsyri (tafsir dan teologi), al-Qusyairy (tafsir dantasawuf) dan Imam al-Ghazali (teologi dan falsafah) dan ilmu aqli seperti Ibn al-Haytham dan Ibnu Sina (perubatan), Umaral-Khayyam (mathematik) dan Nasaruddin at-Thusi (astronomi).

      Antara faktor kemajuan ilmu naqli dan aqli zamanAbbasiyah ialah faktor dalaman umat Islam. Faktor dalaman ialah semangat keilmuan, kesedaran yang tinggi dari pembesar kerajaan, wujudnya pelbagai pusat kajian dan penterjemahan dan peningkatan kematangan berfikir umat Islam.

      Manakala antara faktor luaran umat Islam ialah tradisi keilmuan wilayah Parsi sebelum perkembangan Islam, adaptasi terhadap budaya asing terutama ilmu dan falsafah yunani, gerakan penterjemahan karya asing dan kecenderungan baharu dalam tradisi berfikir(pemikiran rasional-analisis).

      Perkembangan ilmu naqli (keagamaan) pula ialah ilmu al-quran - tafsir dan qiraat. Kajian al-quran tertumpu pada teks (Tafsir bil Ma'tsur) dan pada kontekstual (Tafsir Birra'yi - (Tafsir Maudhu,i, Tafsir Adaby, Tafsir Nuzuli dan Tafsir Ilmi). Kandungan ilmu al-quran,ilmu akidah, akhlak dan syariat (ibadat, muamalat). Tokoh ulama –Zamakhsyui dan karyany a, al_Khosysyaf

      Perkembangan ilmu seterusnya ialah Sunnah  atau hadis .Antara disiplin ilmu ini ialah ilmu hadis, sanad, Nasakh wa Mansukh, dan rain-lain. Tokoh ilmu hadis - Zamakhsyari dan karyanya al-Faiq.

      Perkembangan ilmu seterusna ialah ilmu kalam iaitu pemikiran ketuhanan (teologi) ekoran berkembangnya kecenderungan berfikir secara rasional sehingga kajian ketuhanan tidak lagi berdasarkan pada dalil agama tetapi telah mengarah kepada kedalaman pemikiran terhadap dogma. Tokoh ilmu kalam ,Imam al-Ghazali dan karyanya, Maqasid al-Falasifah dan tahafut al-Falasifah,Imam al-Qusyairy an-Naisabury dengan karyanya RisaIatul Qusyairiyah

      Perkembangan ilmu aqli juga berkembang pesat pada zaman Abbasiyah. Ilmu pertama ialah falsafah. Falsafah ialah induk kepada ilmu aqli kerana daripada falsafah ini,maka berkembanglah ilmu-ilmu lain. Zaman Abbasiyah berlaku perkembangan ilmu falsafah akibat pengaruh Parsi dan Yunani. Tokoh ilmu falsafah - Imam al-Ghazali dengan karyany a Tahafut al –FaIasifah.

      Perkembangan ilmu seterusna ialah Seni sastera. Antara tokoh dalam bidang ini ialah Farid al-Din al-'Aththar dengan karyanya Manthiq al-Thayr dan Umar Khayyam dengan karyanya Rubaiyat.

      Ilmu Perubatan  juga turut berkembang pada  zaman Abbasiyah. Perkembangan ilmu kedoktoran zaman Abbasiyah mengalami tiga peringkat. Zaman permulaan, kemajuan dan kemunduran. Tokoh perubatan Islam antaranya Jabir Ibn Hayyam (Kitab al-Kimya),Ikhwan as-Safa (Rasa'il lkhwanas - Safa'wa Khullan al-Wafa), Ibn al-Hayth am (Kitab al Manazir dan Risalafil-Daw') dan Ibnu Sina (al-Qanun FiTibb).

     Astronomi juga turut berkembang pada zaman ini. Antara tokohnya ialah Nasiruddin Ath-Thusi (AlMutawassithat Bain Al-Handasa wal Hai'a) dan Abu Wafa' -pakar trogonometri.
Bidang ilmu aqli seterusnya ialah Matematik. Antara tokohnya ialah Umar Khayyam yang terkenal dalam bidang algebra ('Mazalatfi al-Jabr wa alMuqabila). Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.


      Kesimpulannya kerajaan Bani Abbasiyah telah telah berjaya meningkatkan perkembang ilmu aqli dan naqli antara abad ke-11 hingga ke-13M. Para sarjana Islam telah banyak menguasai bidang ilmu seperti bidang ilmu  naqli seperti tafsir.teologi,tafsir, tasawuf teologi dan falsafah dan ilmu aqli seperti perubatan,matematik dan astronomi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan