Tenaga Elektrik merupakan satu
keperluan asas yang diperlukan oleh semua penduduk negara ini terutama di
kawasan luar bandar. Di atas keperluan
tersebutlah, Lembaga Letrik Negara telah membina beberapa buah stesen
Janaelektrik di seluruh negara termasuk di Felda Gugusan Bera, Pahang. Pada hari ini 27.4.1987 Stesen Janaelektrik
Bandar 32 Bera telah memulakan operasinya setelah kerja-kerja ujikaji selesai
dijalankan oleh para Jurutera dari Ibu Pejabat.
Stesen Janaelektrik tersebut terletak kira-kira 60km dari bandar
Temerloh Pahang Darul Makmur dan 30km dari Pekan Triang. Pada peringkat awal
tiga set janakuasa disediakan dengan kemampuan 500kw setiap satu
janakuasa. Setakat ini bekalan hanya
diberi kira-kira 20 jam sehari semalam.
Dijangkakan bekalan akan diberi terus 24 jam apabila jumlah penggunaan
bertambah dan penggunaan tenaga elektrik yang ekonomik dengan penjanaan. Di
antara beberapa buah rancangan Felda Gugusan Bera yang menikmati bekalan
elektrik ialah Felda Sebertak, Felda Tementi termasuk Balai/Kuarters Polis
Diraja, Pusat Kesihatan serta rumah kakitangannya. Sesungguhnya dengan
pembukaan stesen itu diharap akan dapat membuka era baru dalam kehidupan
seharian penduduk-penduduk Felda Gugusan Bera khasnya dan kawasan-kawasan di
persekitaran amnya dalam usaha-usaha menuju ke arah negara yang berwawasan
dalam semua bidang pembangunan.
http://www2.arkib.gov.my/hids
Tiada ulasan:
Catat Ulasan