OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Al-Khawarizmi
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad
bin Musa al-Khawarizmi. Selain dipanggil al-Khawaizmi, beliau terkenal juga
dengan gelaran Abu Abdullah. Namun di Barat, Al-Khawarizmi dikenali sebagai
al-Cowarizmi, al-Ahawizmi al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara
ejaan lain.Beliau dilahirkan pada tahun 780M di daerah Khawarizmi yang sekarang
dikenali sebagai Khiwa. Ibu bapa beliau berhijrah ke sebuah kawasan di Selatan
Baghdad. Beliau meninggal dunia pada tahun 840 Masihi.[1]
Kepakaran beliau dalam ilmu matematik
diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid yang
melantiknya sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah.
Khalifah al-Makmum melantik belaiu sebagai pengarah arkib di perpustakaan
istana. Al-Khawarizmi mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks
buku-buku di perpustakaan tersebut di Baitul Hikmah. Beliau turut bertugas
mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik daldm bahasa
Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.Al-Khawarizmi seorang tokoh
Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik,
geometri, muzik,kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.[2]
Sumbangan al-Khawarizmi :
a. Matematik:
Memperkenalkan sistem nombor India (kini
dikenali angka Arab) yang digunakan sehingga kini iaitu 0 hingga 9.Angka-angka
tersebut menggunakan simbol-simbol yang mewakili nilai-nilai tertentu.
Beliau memperkenalkaan beberapa proses
pengiraan termasuk operasi dan pecahan.Tokoh pertama yang memperkenalkan
algebra danmatematik. Antara cabang matematik yang diperkenalkan beliau seperti
geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.
Memperkenalkan penggunaan angka dalam
karyanya DeNumero Indorum yang berkaitan dengan aritmetik. Beliau menerangkan
tentang angka sifar. Dengan adanya angka sifar, operasi tambah, tolak, darab,
bahagi, kuasa, log, kosinus dan
lain-lain dapat diselesaikan dengan mudah,malah membolehkan ilmu sains dan
teknologi berkembang dengan lebih pesat.Angka sifar yang diperkenalkan olehnya dipinjam
oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan cifre,chiffre danzero. Melalui angka
sifar akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti.
Sistem angka juga dapat dikaitkan dengan
bidang lain termasuk astronomi yang membolehkan meramal gerhana,menentukan
planet-planet atau planet-palent dan lain-lain.
Dalam konsep algebra (aljabar - ilmu
persamaan), alKhawarizmi memperkenalkan kaedah penyelesaian tersusun dan
sistematik sehingga digelar Bapa Ilmu Algebra. Karya algebra beliau - Hisab
al-Jabal wa al-Muqabalah.Buku beliau yang memperkenalkan kaedah arimetik
al-Jabar telah diterjemahkan dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan di universiti-universiti
Eropah sejak abad ke 12 hingga 16M.
Beliau orang pertama yang mengajar
algebra dalam bentuk mudah dan menyelesaikan banyak permasalahan seperti pewarisan,
pembahagian harta pusaka dan perniagaan melalui karyanya.
Al-Khawarizmi telah membangunkan bidang trigonometri
iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segi tiga yang mengandungi
fungsi sin.Beliau menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon
dan membangunkan kalkulus yang membantunya menguasai konsep perbezaan.Karya
beliau yang lain - Kitab al-Jam'a bil Hisab al-Hindiberkaitan dengan konsep
aritmetik.
Geografi :
Al-Khawarizmi telah membetulkan pandangan
Ptolemy mengenai geografi termasuk dalam melakar peta dunia.Beliau adalah
saintis pertama melakar peta dunia pada tahun 830M.Menghasilkan karya geografi
- Kitab Surat al-Ard. Kitab ini telah diterjemahkan bersama petanya ke dalam
bahasa lain.
Menulis tentang takwim Yahudi
yang berjudul Istikhraj Tarikh al-Yahudi.
c. Astronomi:
Pembangunan ilmu kaji bintang dan ilmu
falak oleh AlKhawarizmi memberi sumbangan besar terhadap kemajuan dalam bidang
sains astronomi.
Hasil kerjaya beliau turut
meliputi kerja-kerja berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan
bayangan matahari serta alat kaji bintang.
Beliau banyak menghasilkankarya astronomi
dan diterjemahkan ke pelabagai bahasa asing. Antaranya Kitab al-Tarikh dan
Kitab al-Rukhmat (buku berkenaan alat yang menunjukkan waktu dengan baay
arragan matahari).Khalifah al-Makmum telah melantik al-Khawaizmi sebagai penasihat
astronomi dan bertugas di balai cerap yang didirikan oleh baginda di Baghdad.[3]
[1] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 284.
[2] “Sumbangan
tokoh” , dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),73.
[3] Ibid,82.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan