OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Reaksi masyarakat Algeria terhadap kuasa Barat.
Pada abad ke 16 hingga 19M,
Algeria merupakan sebahagian wilayah khilafah Uthmaniyyah Turki. Pernah dijajah
Perancis selama I32 tahun. Algeria merupakan negara terbesar di Afrika dan di
dunia Arab. Kaya dengan sumber minyak dan gas. Pada tahun 1827 tentera Perancis
mula menceroboh Algeria.Serangan Marshall Bugeud ke atas Sidi Faraj 13 Jun 1830
telah membawa kepada penjajahan Perancis.[1]
Penaklukan Perancis di Algeria 1830.
Algeria memiliki simpanan minyak yang besar
dan posisi strategik sebagai pelabuhan di Mediterranean. Kempen asimilasi
budaya Perancis - percakapan dan pengajaran bahasa Arab
diharamkan.Bahasa perancis
menjadi bahasa rasmi menggantikan bahasa Arab dan Barber. polisi ini telah menghapuskan
identiti kebangsaan dan warisan budaya rakyat Algeria.
Perancis memberikan tekanan
kepada rakyat Algeria dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, ekonomi,
pendidikan dan sosial. Beribu pendatang Eropah telah berhijrah ke Algeria untuk
membuka kebun kerana keluasan tanahyang dimiliki oleh Algeria. Mereka menduduki
semua kota di Algeria.
Dasar pendidikan menyebabkan kadar
pandai membaca, menulis dan mengira Rakyat Algeria jatuh ke tahap paling rendah.
Dasar perancis ini menimbulkan reaksi tidak puas rakyat tempatan kerana hak
mereka telah dirampas.[2] Lahir
golongan nasionalis Algeria yang cuba menghidupkan semula bahasa sendiri,
memperkasakan identiti nasional berdasarkan Islam dan mendaulatkan bahasa Arab.
Penentangan oleh Syeikh Abdur Qadir ar-lazair,Gabenor
Mascara pada tahun 1832.
Sebagai ulama besar Algeria,
beliau mengeluarkan fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara dan
mengisytiharkan negara Islam Algeria. Beribu umat Islam dibunuh dalam
penentangan tersebut. Jihad berterusan telah berraku di Algeria menelan korban
sejuta syuhada sehingga Algeria digelar sebagai ' Negara Sejuta Syuhada' .
Gerakan Persatuan Ulama Algeria pimpinan Syeikh Abdul
Hamid Ben Badis.
Keahlian terdiri daripada
guru-guruagama. Gerakan ini bertujuan menyatukan umat Islam.Gerakan ini
menyelar pegawai-pegawai pentadbiran agamayang dilihat menjadi alat penjajah
Perancis.
Penaklukan Jerman ke atas Algeria - era Perang Dunia
Kedua, Jerman berjaya
mengalahkan Perancis dan menakluki Algeria. Ramai pemimpin dan nasionalis
Algeria yang ditahan Jerman telah dibunuh dan ada yang dihantar ke kem-kem
tahanan.
Pembunuhan Beramai-ramai Setif 1945.
Apabila Pihak Bersekutu berjaya
mengalahkan Jerman pada 1942M dalam Perang Dunia Kedua, pihak nasionalis
membayangkan kemerdekaan Algeria. 1943, Ferhat Abbas memberikan empat cadangan
kepada Pihak Bersekutu, antaranya memberikan kemerdekaan serta penggubalan
perlembagaan baharu Algeria. Rakyat Algeria menyokong dan berjuang bersama
Pihak Bersekutu menentang penjajahan Jerman dengan harapan permintaan mereka
dipenuhi namun ditolak. 8 Mei 1945,rakyat Algeria berkumpul sambil mengibarkan
bendera bagi meraikan tamatnya peperangan. Namun,kemuncaknya tentera Perancis telah
melepaskan tembakan rambang kepada orang awam. 45,000 umat Islam mati dalam
pembunuhan kejam itu dan ramai yang cedera.Ekoran itu, segala aktiviti politik
di Algeria diharamkan dan beribu rakyat ditahan tanpa alasan. Kezaliman
Perancis membangkitkan reaksi rakyat tempatan di seluruh negara.Penentangan
semakin meningkat dan Perancis bertindak balas.
Perang Kemerdekaan Aljazair 1954 -1962 (Revolusi
Algeria).
1950an, gerakan nasionalisme
Algeria semakin matang dengan menggabungkan semangat nilai Islam yang dipelopori Syeikh Abdul Qader dengan
fahaman moden Perancis seperti demokrasi. Justeru Revolusi Algeria mengambil
inspirasi dari keduanya. perang gerila (perang Kemerdekaan Aljazair) merupakan
peperangan berdarah dan sengit.
Pelindung pembebasan Kebangsaan
(FLN) dan Tentera Pembebasan Kemerdekaan (ALN) ditubuhkan pada 1954M untuk
mengetuai perang gerila. perancis enggan kehilangan Algeria kerana negara ini
kaya dengan simpanan minyak dan gas asli.
Kemerdekaan Algeria juga
memberi impak kepada gerakan nasionalisme negara-negara Arab
lain. Terjadi pembunuhan
beramai-ramaidi mana banyak perkampungan dibakar oleh tentera perancis, tanaman
dimusnahkan, ribuan haiwan ternakan dibunuh, sekolah-sekolah dan masjid-masjid
dirobohkan. Situasi ini berterusan sehingga Algeria mencapai kemerdekaan pada 5
Julai 1962.
Kemerdekaan Algeria 1962M
Perancis akhirnya menerima
kehendak rakyat Algeria yang mahukan kemerdekaan.Perancis meletakkan syarat
kemerdekaan supaya FLN melaksanakan dasar sekular dalam pemerintahan negara di
Algeria. Pergerakan FLN dan ALN bermesyuarat di Kaherah 1958 dan seterusnya
membentuk kerajaan sementara Algeria. FLN dan perancis mengiytiharkan genjatan
senjata melalui peranjian Evian dan Algeria akhirnya mengisytiharkan
kemerdekaan pada 1962.
Perjuangan kemerdekaan selama hampir
tujuh setengah tahun menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Algeria terbunuh.
Perjuangan panjang rakyat Algeria pimpinan ulama dan nasionalis berjaya
membentuk Algeria ke arah berkerajaan sendiri.
Algeria Selepas Era penjajahan.
FLN melantik Ahmed Ben Bella
(bekas pelajar di sekolah perancis) sebagai presiden Algeria pertama. Beliau
mendapat sokongan golongan elit sekular dan pihak elit tentera yang sekular
yang mendapat latihan di Perancis. Kepimpinan Ben Bella digulingkan oleh Kol.
Hawari Boumedienne pada 1965 ekoran kegagalan memberi kemakmuran ekonomi dan
demokrasi. Nilai-nilai Islam juga kurang diendahkan.
FLN muncul sebagai parti yang
mengongkong dalam bentuk sistem bernegara satu parti. Dasar sosialisme menjadi
asas utama dalam pemerintahan Kol. Hawari Boumedienne. Beliau mengamalkan dasar
anti-penjajah dan sistem satu parti
iaitu pembolotan kuasa oleh FLN.
Gerakan Islam
Algeria.
Awal 1980an, muncul gerakan Islam yang
dipelopori anak-anak muda Algeria akibat kecewa dengan sistem kediktatoran dan
sosialisme. Gerakan Islam Algeria ini menubuhkan Barisan Penyelamat Islam (FIS)
dan dalam pilihanraya tempatan, FIS telah mengalahkan FLN. FIS cuba memerintah
kerajaan tempatan dalam lingkungan demokratik dan Islamik. Kemenangan
FIS mengejutkan dunia Barat,
khasnya Perancis dan Amerika Syarikat. Atas sokongan mereka, kerajaan Algeria
mengharamkan FIS dan menangkap pemimpinnya.[3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan