Rabu, 20 April 2016

PELANCARAN SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN) 20.4.1981

Pada  hari  ini  20 April dalam  tahun  1981, Perdana  Menteri  Dato’  Hussein  Onn  telah melancarkan  Skim  Amanah  Saham  Nasional  (ASN)   bertempat  di  Dewan  Tunku Abdul  Rahman,  Kuala  Lumpur.  Skim  Amanah  Saham  Nasional  telah  ditubuhkan  pada  22  Mei  1979, di  bawah  Akta  Syarikat  1965  bagi  melibatkan penyertaan secara  beramai- ramai  kaum  bumiputera  untuk  memiliki  saham  dan memperolehi  keuntungan.   Permodalan  Nasional  Berhad  telah  diamanahkan  untuk  mengurus   dan   membuat pelaburan   bagi   kepentingan  bumiputera.   Dalam  ccapan  perasmiannya  Perdana  Menteri,  menyatakan  akan  perlunya  penglibatan   kaum  bumiputera  untuk  menyertai  skim  ini  kerana  ianya  merupakan  alat  terpenting  dalam  usaha  untuk  menjayakan  matlamat  Dasar  Ekonomi  Baru   melalui   pemilikan   saham  sektor  syarikat  sekurang – kurangnya  30 peratus menjelang tahun 1990.  Sesungguhnya Skim ASN ini telah memperlihatkan kesungguhan kerajaan selepas kemerdekaan negara untuk memperimbangkan  kedudukan  ekonomi  antara  kaum  dan  seterusnya  mewujudkan keadilan  sosial  dalam  sebuah  negara  yang  berbilang  bangsa.

Sumber- http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan