Sabtu, 31 Mac 2018

Bincangkan pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. 20m

  Khalifah Umar bin al-Khattab merupakan khalifah kedua kerajaan Khulafa' al-Rasyidin.Khalifah Umar bin al-Khattab memerintah selama 10 tahun (634-644 M). Dalam jangka masatersebut, perkembangan bukan sahaja berlaku terhadap agama Islam malah ekonomi negaraturut berkembang berikutan wujudnya kepelbagaian sumber pendapatan.
      Antara sumber pendapatan negara ialah daripada cukai. Cukai seperti jizyah, kharaj, dan usyurtelah dikenakan ke atas wilayah kerajaan Islam. Selain itu, terdapat juga sumber pendapatanlain seperti zakat dan harta rampasan perang, iaitu ghanimah dan al-fay .

      Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang kafir zimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.Walau bagaimanapun, bukan semua orang kafir zimmi dikenakan jizyah. Mereka yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta.

      Secara amnya jizyahterbahagi kepada dua kategori,iaitu jizyah yang kadarnya ditetapkan secara persetujuan bersama dan jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh kerajaan Islam.Biasanya jizyah dibayar setiap awal tahun. Kadar yang paling minima ialah 1 dinar. Namun,bagi sesetengah mazhab seperti mazhab Hanafi dan Hambali, kadarnya antara 12 hingga 48 dirham bergantung kepada status seseorang individu.

      Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya seseorang itu menganut agama Islam atau kerajaan Islam gagal memberikan jaminan keselamatan ke atas nyawa dan harta benda orang kafir zimmi. . Sumber pendapatan daripada jizyah semakin meningkat ketika pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab. Keadaan ini berlaku disebabkan banyak kejayaan telah dicapai dalam ekspedisi ketenteraan seperti di Iraq, Syria, Jordan, dan Mesir.

      Sumber jizyah yang dikutip dimasukkan ke dalam baitulmal. Sumber berkenaan akan dimanfaatkan demi kepentingan negara Islam seperti membiayai kemudahan-kemudahan awam dan membayar gaji kakitangan kerajaan termasuk gaji tentera.

      Pemimpin Baitulmuqaddis juga telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar bin al-Khattab. Pemimpin tersebut menyatakan persetujuan untuk membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan keselamatan ke atas harta dan nyawa mereka.

      Di Syam pula, kadar jizyah yang dikenakan antara 1 hingga 4 dinar bergantung kepada status individu.Penduduk Qibti di Mesir yang menjemput Amru bin al-As untuk menghalau orang Rom juga bersetuju membayar jizyah kepada kerajaan Islam dengan kadar 2 dinar setahun. . Di Asia Tengah, penduduk Azerbaijan telah diberi kelonggaran untuk tidak membayar jizyah pada tahun 22 H. Namun pada tahun berikutnya mereka perlu membayar jizyah dengan kadar tertentu.


      Kesimpulannya, zakat yang merupakan satu kewajipan menjadi sumber pendapatan yang penting pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah. Bantuan yang diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik dilihat sebagai usaha pemerintah untuk menunaikan tanggungjawab sosial demi kemakmuran negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan