OLEH-AHMAD
BIN YAAKOB
b)SultanMuhammad al-Fatih – Khalifah Uthmaniyyah
Latar
belakang Sultan Muhammad al-Fatih
Kepimpinan
dan pentadbiran :
a)
Politik
Pemimpin
yang warak dan bertoleransi
Penaklukan
kota Konstantinople melalui pelbagai strategi dan perancangan -
membuka laluan penaklukan ke Eropah /Balkan
Penyatuan
wilayah dan peluasan empayar hingga ke Eropah -
Serbia,
Murah, Romania, Albania dan Bosnia Herzegovina
b)
Sosial
Pertambahan
penduduk Istanbul
Mendirikan
masjid-masjid
Instituisi
pendidikan
Kebajikan
rakyat
c)
Agama
Kebebasan
beragama
Gerakan
jihad dakwah Islamiah ke benua Eropah.[1]
Latar belakang Sultan Muhammad al-Fatih
Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad binMuhammad bin
Bayazid.Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Adrianapolis iaitu
sebuah bandar bersempadankan Turki-Bulgaria.Baginda juga dikenali
dengan gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya membebaskan
kota Constantinople.Sultan Muhammad al-Fatih menaiki takhta seawal
usia 19 tahun apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda
telah memerintah empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahun
(1451-1481).Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan
seorang panglima tentera yang agung kerana telah memimpin
sebanyak 25 kempen peperangan.Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei
1481 ketika berumur 49 tahun.[2]
Kepimpinan
dan pentadbiran :
a)
Politik
Pemimpin yang warak dan bertoleransi
Sultan
Muhammad mengikuti sistem pendidikan yang sistematik di bawah pengawasan
sekumpulan ulamak terkenal pada zamannya contohnya Syeikh Aq Shamsuddin dan
Mulla al-Kurani. Kumpulan ulamak inibanyak mempengaruhi keperibadian dan
pandangan bangindatentang kehidupan sehingga menjadi seorang pemimpin yang
warak dan bertoleransi. Ketika zaman kanak-kanak baginda mempelajari al-Quran,
hadis, feqah dan ilmu-ilmu semasa seperti matematik, falak, sejarah dan
pendidikan ketenteraan. Baginda seorang pemuda yang warak. Malah jarang
sekali baginda menunaikan solat bersendirian, melainkan di masjid.[3]
Penaklukan kota Konstantinople
Sejak
kecil, Muhammad al-Fatih telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat
oleh ayahandanya untuk menawan kota Constantinople.
Sepanjang dua tahun pertama selepas menaiki takhta, baginda
mengkaji pelan kota Costantinople secara terperinci pada
setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor
kelemahan kota tersebut.Baginda juga turut mengkaji
sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang
terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya
tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.
Baginda telah membuat persiapan untuk menawan kota
Constantinople dengan menyediakan angkatan tentera yang besar
dan canggih. Angkatan tenteranya disertai kira-kira 265
000 orang para mujahid dan dilengkapi dengan 400 buah kapal laut.
Baginda juga mengarahkan pembinaan peralatan perang
termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300
kilogram dengan jarak sejauh 1.5 kilometer.
Membuka laluan penaklukan ke Eropah /Balkan
Kota
Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang lapan
kilometer dari kota Constantinople. Benteng ini dapat mengawal rapi
kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.Baginda juga telah
mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia,
Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila
diserang nanti.Dalam usaha untuk menawan kota Constantinople, baginda
membawa bersama batalionnya dengan para ulama dan pakar motivasi ke medan
perarig bagi membakar, semangat jihad tenteranya terutama
semasa mereka ,menghampiri dinding kubu kota tersebut.
Mengepung dan membuka Kota Konstantinople
Kota
Konstantinolple telah dikepun dan diserang pada hari Rabu 19 April 1453
bersamaan 12 Rabiulakhir 857H bersama angkatan tenteranya seramai 265 000
orang. Dengan dihujani peluru meriam selama 48 hari, namun hanya dapat
merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.Antara taktik peperangan yang
digunakan ialah menggunakan menara bergerak yang lebih inggi daripada Kota Konstantinople.
Baginda juga membawa kapal-kapal melalui jalan darat di atas gunung sebelum
meluncurkannya semula ke Teluk Golden Horn.Taktik peperangan ini tidak pernah
dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini.Tentera Uthmaniyah dengan semangat
dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 67 kapal ringan dari Selat
Bosphorus ke Tanjung Emas.[4]
Kapal-kapal
Byzantine habis terbakar dibedil meriam tentera Islam. Tentera Islam turut
diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad supaya tidak jemu kerana pengepungan
selama 53 hari tanpa tanda-tanda akan menang. Tentera Islam beramai-meramai
melaungkan takbir dan mengorek terowong untuk memasuki kota Konstantinople.
Akhirnya pada 29 Mei 1453 baginda bersama tenteranya berjaya menawan
Konstantinople.Beliau telah membuktikan kebenaran hadis nabi Muhammad SAW. Nama
kota Konstantinople ditukar kepada Istanbul. Istanbul telah dijadikan sebagai
ibu kota semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah. Gereja besar St. Sophies
kemudiannya telah ditukar menjadi MasjidAya Sphia.[5]
Penyatuan wilayah dan peluasan empayar hingga
ke Eropah –
Tindakan penyatuan dilakukan bertujuan menyekat serangan
kaumMagyar. Bagi merealisasikannya, baginda terpaksa mengambil alih
pemerintahan Serbia.Namun, usaha mendapatkan wilayah
tersebut tidak direstui oleh tentera Kristian menyebabkan Sultan
Muhammad al-Fatih berundur seketika.Walau bagaimanapun,
ekoran perebutan takhta yang berlaku dalam
kalangan kerabat diraja Belgrade, peluang tersebut telah digunakan
oleh Sultan Muhammad al-Fatih untuk menawan Belgrade dan akhimya
baginda berjaya.Sultan Muhammad al-Fatih juga berjaya
mennghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang
berhasrat menjatuhkan baginda.Kesan kejayaan ini, kekuasaan
kerajaan Turki Uthmaniyah semakin berkembang di Eropah.[6]
b) Sosial
Pertambahan penduduk Istanbul
Tindakan
ini dilakukan kerana bilangan penduduk kota berkenaankian
berkurangan akibat terkorban dalam peperangan.Baginda
mengarahkan supaya orang Yunani yang meninggalkan kediaman mereka
kembali semula ke kota berkenaan.Baginda juga mengarahkan negeri-negeri
di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing ke kota tersebut bagi
memakmurkannya.Orang Islam dari Asia turut berpindah secara beramai-ramai
ke ibu kota yang baharu untuk menjalankan aktiviti perniagaan disebabkan
kedudukannya yarrrg strategik.Namun, faktor utama yang mendorong
kebanjiran golongan imigran ke kota ini ialah sifat baik dan
pemurah Sultan Muhammad al-Fatih yang sering melayani rakyatnya tanpa
diskriminasi.[7]
Mendirikan masjid-masjid
Gereja
Besar St. Sophia dijadikan pusat ibadat orang Islam.Pada hari ini,
gereja tersebut dikenali sebagai Masjid Aya Sofia.Bangunan
masjid diubah suai mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan tiang
masjid dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang
indah. Di luar masjid pula dibina sebuah menara. Padazaman sultan
berikutnya, bilangan menara meningkat kepada tiga buah.Baginda juga
membina 1l buah masjid termasuk sebuah masjid yang berhampiran dengan
makam Abu Ayyrb al-Ansarri. Di tepi masjid ini dibina
sebuah kubah yang berwarna putih. Tempat ini akhirnya menjadi
tumpuan ahli tasawuf.[8]
Instituisi pendidikan
Beliau
mencintai ilmu, oleh itu beliau telah memperkasakan institusi pendidikan dan
sains dan teknologi.Beliau memperhebatkan pembabitan para ulama Islam dalam
kajian penemuan saintifik dan teknologi. Institusi pendidikan khasnya
madrasah dan perpustakaan telah dibuka dan ini menggambarkan baginda amat
mementingkan aspek pendidikan. Beliau turut memperkasakan institusi sekolah dan
memberi pembiayaan percuma kepada semua kaum. Beliau tutur mencipta meriam
pertama di dunia.
Kebajikan rakyat
Bagi
menjaga kebajikan rakyat, baginda mendirikan hospital, rumah
kebajikan, rumah fakir-miskin dan menyediakan kemudahan
telaga.Untuk tujuan keselamatan pula, baginda telah membina
limbungan kapal, gedung senjata dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan
menara kawalan.
Agama
Kebebasan beragama
Ramai
orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Andalus telah berpindah ke
Istanbul. Sultan Muhammad al-Fatih juga telah membenarkan
agama.Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalanMazhab
Ortodoks mereka.Baginda juga telah meminta pihak gereja berhimpun dan
memilih seorang ketua paderi dalam kalangan mereka.
Akhirnya, Anadius dipilih sebagai ketua. Anadius kemudian berkata
bahawa beliau lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat
topi Latin (Katholik) kerana pihak Katholik Barat telah
menindas pihak Ortodoks.Sultan juga mengarahkan supaya gereja
tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.[9]
[1]Ibid,35.
[2]Mahayudin Hj.
Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2
Edisi Kemaskini, 86.
[3] Mohd Sukki
Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,
(Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 153.
[4] Ibid,155.
[5] Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal
2 Edisi Kemaskini, 89.
[6]Ibid,88.
[7]Mahayudin Hj.
Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,
(Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,83.
[8] Ibid,84.
[9]Mahayudin Hj.
Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2
Edisi Kemaskini, 89.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan