ARKIB : 03/01/1998
Sejarah bermula
LALUAN kedua yang menghubungkan
Tanjung Kupang di Johor dan Tuas di Singapura mula dilalui kenderaan dari
kedua-dua hala pada pukul 10 pagi, semalam. - Gambar MOHAMAD ALI ISMAIL.
Projek laluan kedua yang
menghubungkan Tanjung Kupang di Johor dengan Tuas di Singapura mula beroperasi
semalam.
Pembukaan laluan kedua itu
sekaligus akan dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Tambak Johor
yang sebelum ini berfungsi sebagai laluan utama menghubungkan kedua-dua negara.
Laluan yang menelan belanja
RM1,608 juta itu menyediakan perkhidmatan kedua terus dari Singapura ke Lebuh
Raya Utara Selatan (PLUS), Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail di Senai
dan Laluan Persekutuan 1.
ArtikelPenuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm#ixzz2u9Bt9aO1
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan