Oleh HAFIZ ABBAS-mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my
Estavao de Gama
KULAIJAYA – Selepas lima kurun
tenggelam di Selat Melaka dekat Aceh, Indonesia, kapal dagang Flor de la Mar
yang mengandungi khazanah dianggarkan AS$2 bilion (RM6.58 bilion) kini menjadi
buruan pencari harta karun.
Kapal tersebut dipercayai
tenggelam ketika membawa khazanah yang dirampas daripada Kesultanan Melaka yang
jatuh ke tangan penjajah itu pada tahun 1511.
Khazanah tersebut meliputi 22
peti wang emas dan perak, dua patung monyet emas bertatah batu permata yang
dihadiahkan oleh kerajaan Thai kepada Melaka serta pelbagai manuskrip.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan
Sri Rahim Tamby Chik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan
bagi mengetuai eksplorasi untuk mencari harta karun itu.
Beliau berkata, projek
pengapungan kapal dagang Portugis itu akan menelan belanja AS$30 juta (RM98.7
juta).
Katanya, ia akan dilakukan
secara bersama oleh tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Portugal dan
perkara itu telah diusulkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
baru-baru ini.
SUMBER;KOSMO ONLINE 23.2.14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan