Ahad, 9 Februari 2014

KM Sarawak paling lama

Kuching: Ketua Menteri Sarawak keempat yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilahirkan di Miri pada 21 Mei 1936.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St Joseph di Miri dan Sekolah Menengah St Joseph Menengah di Kuching sebelum mendapat biasiswa Rancangan Colombo melanjutkan pengajian undang-undang di University of Adelaide.
Abdul Taib memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada 1960 sebelum melanjutkan pengajian di Harvard International Summer Course.

Sekembalinya ke Sarawak, Abdul Taib bertugas di Crown Council 1962-1963 sebelum dilantik Ahli Majlis Undangan Negeri dan menjadi Menteri Pembangunan dan Perhutanan pada 1966. Abdul Taib kemudian dipilih sebagai Ahli Parlimen Samarahan pada 1970.
 Foto
TAIB mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Abdul Taib juga mempunyai pengalaman memegang pelbagai jawatan menteri Persekutuan selama 13 tahun, antaranya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 1970-1972, Menteri Perusahaan Utama (1972), Menteri Penerangan dan Fungsi Khas (1975) serta pada 1978, Abdul Taib dilantik Menteri Perusahaan Utama sebelum mengambil kedudukan sebagai Menteri Pertahanan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/0 MYMETRO ONLINE 9.2.14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan