Ahad, 1 Jun 2014

Delegasi pertama negara ke China ceritakan pengalaman mereka

27 MAY 2014 07:22PM
 Antara gambar menarik yang dipaparkan pada  Pameran Fotografi 40 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China yang diadakan di Pusat Beli Belah Bangsar, Kuala Lumpur.
Antara gambar menarik yang dipaparkan pada  Pameran Fotografi 40 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China yang diadakan di Pusat Beli Belah Bangsar, Kuala Lumpur.
Antara gambar menarik yang dipaparkan pada Pameran Fotografi 40 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China yang diadakan di Pusat Beli Belah Bangsar, Kuala Lumpur.


Oleh Izzatie Rizan (izzatie@abnxcess.com)

KUALA LUMPUR – Tidak bebas bergerak dan hanya dibenarkan memakai pakaian seragam berwarna biru.

Itu pengalaman Datuk Kassim Maon ketika beliau mengiringi Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ketika melawat Republik China, 40 tahun yang lalu.

Kassim, ketika mengimbas semula lawatan tersebut berkata, ketika itu delegasi Malaysia juga tidak dibenarkan bergerak bebas.
 Datuk Kassim Maon
Datuk Kassim Maon
Kassim Maon
“Pada waktu itu, sepanjang sesi lawatan berlangsung, kami tidak boleh bergerak bebas… hampir sepenuh masa kami dikawal ketat,” katanya.

Namun keadaan kini telah berubah dan ramai rakyat Malaysia yang melawat negara berkenaan.

Kassim berkata demikian ketika menceritakan pengalamannya mengiringi Allahyarham Tun Abdul Razak melakukan lawatan bersejarah ke Beijing dan menjalin hubungan dengan negara tembok besar itu.

Kassim ditemui pada Pameran Fotografi 40 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China yang diadakan di Pusat Beli Belah Bangsar mulai hari ini hingga 8 Jun.

Sementara itu, Datuk Mohd Idris, yang menjadi polis pengiring ketika itu berkata, beliau berasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada delegasi tersebut.
 Datuk Mohd Nordin Idris
Datuk Mohd Nordin Idris
Mohd Nordin Idris
“Sudah tentu saya sangat bangga kerana bukan sebarang orang boleh bertemu dengan Pemimpin Mao.

“Ketika itu, kami diarahkan untuk menunggu sebelum dapat berjumpa dengannya, harus tunggu sehingga giliran kami tiba, gambar juga ketika itu tidak boleh diambil,” ujarnya kepada pemberita

Sempena meraikan ulang tahun ke-40 hubungan Malaysia-China pada 31 Mei ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan ke Republik tersebut selama seminggu mulai hari ini.

Sumber-http://news.abnxcess.com/bm/2014/05/deligasi-pertama-negara-ke-china-ceritakan-pengalaman-mereka/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan