Isnin, 2 Jun 2014

TAPAK ARKEOLOGI DI GUNUNG SENYUM

OLEH – AHMAD BIN YAAKOB

Foto di Gunung Senyum tahun 2002


Dari kajian arkeologi, hutan lipur Gunung Senyum dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik, malah kajian berkaitan penemuan bersejarah ini masih diteruskan sehingga hari ini. Gunung Senyum ialah sebuah tapak arkeologi yang  terletak lebih kurang 25  kilometer dari bandar Tun Razak Jengka.Gunung Senyum terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang, yang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1594 kaki) dan terletak di dalam Hutan Simpan Jengka seluas 749 hektar. . Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterikarp Bukit. Jenis batu dan tanah yang terdapat di kawasan ini ialah daripada batu kapur (limestone) yang dianggarkan berusia lebih daripada 3000 tahun. Dikawasan rendah sebelah Timur adalah batu lumpur (mudstone) dan serpih (shale) yang berusia 2100 tahun. Di dalam kawasan hutan lipur Gunung Senyum terdapat 25 buah gua yang mempunyai keunikan yang tersendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan