OLEH-AHMAD YAAKOB
Pada hari ini 27.6 dalam tahun 1961, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra telah merasmikan Persidangan Kawat Negara Komanwel Asia Tenggara. Persidangan yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur ini yang turut dihadiri oleh dua belas buah negara anggota telah dipengerusikan oleh Menteri Kerja raya, Pos dan Telekom, Encik V.T Sambanthan. Ketika berucap dalam majlis perasmian tersebut Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa Persekutuan Tanah Melayu sentiasa berusaha untuk mengadakan serta mengeratkan perhubungan persahabatan dikalangan negara-negara anggota Komanwel, bahkan juga dengan negara-negara lain juga. Pada majlis yang sama juga Tunku juga telah mengumumkan bahawa perhubungan telefon secara terus di antara Persekutuan Tanah Melayu dan Thailand akan diadakan dengan kos perbelanjaan sebanyak lapan ratus juta ringgit. Sesungguhnya, Sidang Kawat Negara-Negara Komanwel Asia Tenggara yang diadakan pada hari ini telah memberikan harapan yang positif ke arah hubungan yang lebih kukuh dikalangan negara anggota serta menyumbang kepada mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara.
SUMBER- http://hids.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan