Rabu, 11 Jun 2014

Sistem Pembesar di Johor abad ke-19

oleh -AHMAD BIN YAAKOB
Pembesar di Johor memainkan Peranan penting dalam sistem pemerintahan pada abad ke-19. Pada tahun 1860 dan 1870-an, pembesar Johor dipilih berdasarkan tahap pendidikan, kebolehan, keupayaan, pengalaman, kelayakan, kecekapan, dan keakraban dengan pemerintah.Pembesar Johor dilantik oleh sultan. Baginda akan mempertimbangkan faktor keturunan dalam pelantikan tersebut. Pembesar bertindak sebagai pegawai kerajaan yang diberi gaji, mempunyai tugas khas, dan menjalankan tugas berdasarkan peraturan yang ditetapkan dalam sistem pemerintahan negeri.[8]

      Pada abad ke-19, pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas dalam sistem birokrasi baharu yang mempunyai sedikit perbezaan dengan sistem pemerintahan Melayu tradisional. Namun, dalam sistem birokrasi ini,pembesar masih di bawah kawalan sultan dan berkhidmat untuk sultan.Sultan yang melantik pembesar negeri. Ini bermakna peranan, kedudukan dan kewibawaan yang ada pada pembesar datang daripada sultan.Ini menyebabkan pembesar sedia berkhidmat untuk sultan.

      Golongan pembesar di Johor terdiri daripada kerabat diraja, iaitu Tengku,Ungku, Raja dan Wan serta golongan Tuan/Dato  yang bukan berdarah raja. Mereka dilantik menjadi ahli Lembaga Penasihat atau Majlis Negeri.Pembesar kanan seperti kerabat diraja, Menteri Besar, dan Setiausaha Negeri sering bermesyuarat dengan sultan, menasihati dan membantu baginda dalam melaksanakan tugas pentadbiran negeri.[9]

Pembesar yang terkemuka di Johor ialah:
1.Dato'Jaafar bin Muhammad merupakan Menteri Besar Johor yang pertama dan bertanggungjawab menjalankan pentadbiran negeri Johor.



2.Dato’ Muhammad Salleh bin Perang dikenali sebagai Dato Bentara Luar. Beliau merancang dan mengawal pembangunan negeri serta merancang Pengurusan kewangan negeri Johor.
3.Dato' Abdul Rahman bin Andak digelar Dato' Seri Amar Diraja menjadi pembantu kepada Menteri Besar. Tugas utama beliau ialah mengawal hubungan Johor dengan British, mengeratkan hubungan Johor dengan pegawai British dan pedagang asing, serta memastikan British tidak menguasai fohor.

4.Dato' Muhammad Ibrahim Munshi digelar Dato' Bentara Dalam dan Bapa Pendidikan Melayu Johor. Beliau merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama pada tahun 1883. Beliau mendirikan banyak sekolah dan mendesak supaya pendidikan diwajibkan kepada semua rakyat  Johor. Beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri yang pertama pada tahun 1893.[10]



[8] Ong  Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2014,9.
[9] Ibid,10.
[10] Ong Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2013,10.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan