Khamis, 12 Jun 2014

SISTEM PEMBESAR DI SABAH DAN SARAWAK

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada abad ke-18 dan ke-l9,negeri Sarawak dan bahagian barat Sabah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei. Dalam mentadbir kawasan ini, sultan Brunei telah melantik para pembesar tempatan untuk membantu baginda dalam urusan pentadbiran. Di negeri sarawak, tiga orang pembesar tempatan dilantik, iaitu Datu Patinggi, Datu Temenggung dan Datu Bandar dengan setiap seorang diberi tugas-tugas tertentu yang khusus.Datu  Patinggi bertanggungjawab mengutip dan menyerahkan  hasil  kepada kerajaan Brunei sebagai ufti. Datu Temenggung pula diberi tanggunglawab berkaitan.dengan soal keselamatan,manakala Datu Bandar  ditugaskan untuk menyelenggarakan hal ehwal perdagangan di seluruh kawasan.

      Setelah keluarga Brooke (1841-1941) menguasai Sarawak, para pembesar tempatan turut diberi peluang untuk membantu pentadbiran negeri. Di bawah pentadbiran Brooke, Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian dengan setiap bahagian diketuai oleh seorang Residen berbangsa Inggeris. Para pembesar tempatan yang dikenali sebagai Pegawai Anak Negeri kemudiannya dilantik untuk membantu Residen di setiap bahagian. Mereka ditugaskan untuk membantu Residen dalam pelbagai urusan pentadbiran, seperti mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi ketenteraan.[18]

      Sementara itu di sabah, Bahagian Utara dan Timur Sabah yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu. Sehingga tahun l88l, bahagian ini ditadbirkan oleh Para pembesar Sulu dengan gelaran “Datu'. Setelah kedatangan British, jawutun pegawai daerah yang dipegang oleh pegawai berbangsa Eropah diwujudkan untuk mentadbir  di peiringkat daerah'.Seiring dengan itu jawatanKetua Anak Negeri diperkenalkan di peringkat daerah untuk membantu tugas-tugas Pegawai Daerah. Ketua Anak Negeri berbanggungiawab untuk menjaga keamanan,mengutip cukai mengendalikan keadilan, membahagikan tanah dan memastikan semua kegiatan pertanian berjalan lancar.

      Di peringkat kampung, ketua kampung yang dikenali sebagai “Orang Tua” dilantik untuk mengendalikan pentadbiran kampung masing-masing. Dalam pentadbiran keadilan, Mahkamah Anak Negeri yang wujud secara tradisional di kalangan masyarakat peribumi terus dikekalkan. Mahkamah ini diketuai oleh seorang Ketua Anak Negeri, beliau berfungsi sebagai hakim di peringkat tempatan. Menjelang tahun 1915, peranan para pembesar ini semakin diperluaskan berikutan dengan penubuhan sebuah Majlis Penasihat Ketua-Ketua Anak Negeri.[19]   



[18] Ibid.,29
[19] Ibid., 30.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan