oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Negeri Kelantan mengamalkan sistem pembesar yangberbeza dengan negeri-negeri yang lain. Para pembesar di Kelantan menggunakan gelaran seperti Tuan dan Wan.Perdana Menteri merupakan pembesar yang utama dalam sistem politik di Kelantan. Pada tahun l80l semasa pemerintahan Sultan Muhammad I (1800-35),baginda menubuhkan sebuah Badan Jemaah Menteri untuk memudahkan dan melicinkan lagi jentera pentadbiran. Tujuh orang pembesar dilantik untuk membantu baginda mentadbir negeri-.Antara pembesar tersebut ialah Long Jenal (Raia Bendahara Banggol), Long Ismail (Raja Kampung Laut), Long Yusuf (Raja Bukit Panor) Long Tan (Tengku Aria Pahlawan), Tengku Long Muda (Tengku Kota), Anak Penghulu Adas (Dato' Kaya Hulubalang Kaduk) dan Anak Mandor Mes (Dato'Panglima Perang Londang).
Semasa pemerintahan SultanMuhammad II (1837-89) pula,Badan Jemaah Menteri telah diperkenalkan untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Badan Jemaah Menteri yang setiap satu dianggotai oleh empat orang pembesar ialah:
1.Menteri Pentadbiran dan Mengimarahkan Negeri (kemajuan dan pembangunan negeri)
2.Menteri Perbendaharaan (harta benda dan hasil mahsul kerajaan)
3.Menteri Luar-hal-hal berkaitan dasar dan urusan luar negeri)
4.Menteri Dalam Negeri (menjaga keamanan negeri)
5.Menteri Peperangan- hal berkaitan berkaitan ketenteraan, peperangan, pertahanan
dan keamanan negeri)
6.Menteri Istana-(istiadat kebesaran diraja dan adat istiadat.rasmi)
7.Penasihat Raja (urusan hal-hal besar yang bukan rahsia)
8.Menteri Keadilan dan Kehakiman (urusan keadilan dan kehakiman). Ini menunjukkan pada abad ke 19, negeri Kelantan sudah mempunyai sebuah sistem pentadbiran yang lengkap.[17]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan