Selasa, 10 Jun 2014

SISTEM PEMBESAR DI PERAK

oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Negeri Perak adalah antara negeri Melayu yang mempunyai bilangan pembesar yang ramai. Pada umumnya corak politik di negeri Perak hampir sama dengan negeri Melaka. Namun, perbezaan yang ketara ialah dari segi kedudukan pembesar yang dibahagikan kepada Sistem Pembesar Empat Lipatan. Gelaran pembesar negeri terbahagi kepada empat peringkat, iaitu Orang Besar Empat,Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua.Antara para pembesar ini, Orang Besar Empat adalah pembesar yang paling berkuasa. Mereka terdiri daripada Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja,Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Jawatan Bendahara suatu ketika pernah dijadikan satu jawatan diraja, iaitu dalam tingkat ketiga selepas Raja Muda dengan gelaran Tuanku Raja Bendahara Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir. Nama jawatan tersebut telah dimansuhkan dan kini tarafnya diletakkan dalam susunan Orang Besar Berempat dan dikenali dengan gelaran Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja orang Besar Berempat merupakan pemimpin kanan dalam pentadbiran negeri. Mereka berkuasa di daerah masing-masing dan juga dalam pentadbiran kerajaan. Bendahara pernah menjadi pemangku Sultan dan bertanggungjawab
dallm menentukan perlantikan sultan yang baru. Temenggung berkuasa sebagai Ketua Mukim Kota Lama dan orang Kaya Besar bertanggungiawab dalam menyelenggarakan istana. sementara Menteri pula berkuasa penuh di Larut.

ORANG BESAR BERLAPAN
Orang Kaya Balai Maharaja Lela (pembesar daerah Pasir Salak)
Laksamana Orang Kaya (pembesar daerah Durian Sebatang)
Orang Kaya Syahbandar (pembesar daerah di muara Sungai perak)
Panglima Kinta Seri Amarbangsa (pembesar daerah Kinta)

Seri Akar Di Raja (Dato'Sagor) -(pembesar daerah Kampung Gajah)
Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja -(Jawatan ini kosong semenjak tahun 1871)
Seri Adika Raja- (biasanya dipegang oleh seorang zuriat yang utama dalam daerah paling hulu Sungai perak)
Imam Paduka Tuan -(jawatan agama)

Selepas susunan orang Besar Berempat ialah orang Besar Berlapan. Mereka terdiri daripada orang Kaya Balai Maharaja Lela, Laksamana orang Kaya, orang Kaya syahbandar, Panglima Kinta seri Amarbangsa, seri Akar di Raja (Dato'sagor), Panglima Bukit Gantang seri Amar Diraja, seriAdika Raja dan Imam Paduka Tuan. Semua pembesar berkuasa di daerah masing-masing, kecuali Imam paduka Tuan yang merupakan jawatan satu agama.

Di bawah lapisan Orang Besar Berlapan ialah Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua. Walaupun tiada senarai tertentu tentang Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua, tetapi jawatan ini dikatakan muncul menjelang awal abad ke-20. Pembesar daripada kedua-dua lapisan ini mendapat gelaran daripada pihakyangberkaitan dengan kerabat Orang Besar Berempat dan Orang Besar Berlapan. Mereka turut memainkan perana penting dalam pentadbiran negeri.

      Tradisi negeri Perak menggambarkan kecenderungan teori politik orang Melayu dengan menggunakan gandaan angka empat. Teori ini memerlukan penggandaan angka empat serta sesuatu jawatan yang telah ada sentiasa dikekalkan untuk mencukupkan bilangan yang dikehendaki. Walaupun terdapat banyak jawatan yang diwujudkan mengikut sistem Empat Lipatan ini, iaitu secara keseluruhannya berjumlah 60 jawatan, tetapi pada amalannya hanya terdapat lebih kurang dua belas jawatan pembesar kesemuanya.[4]

      Kesemua pembesar dilantik oleh sultan melalui surat kuasa atau surat tauliah serta pemberian sebilah pedang sebagai lambang jawatan. Ini bermakna, wujud hubungan dua hala antara sultan dengan para pembesar.Sultan melantik para pembesar negeri, manakala para pembesar negeri pula berkuasa untuk melantik sultan. Selain itu, para pembesar di Perak mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan perlantikan seseorang bakal sultan. Mereka boleh mengenepikan mana-mana bakal sultan yang tidak disukai. Misalnya pada tahun 1871, RajaYusuf gagal menjadi sultan kerana baginda telah gagal mendapat sokongan dan diketepikan oleh para pembesar.

      Apabila seseorang pembesar diberi surat tauliah bermakna mereka berkuasa untuk mentadbirkan daerah masing-masing, menjalankan kuasa perundangan, pertahanan dan memungUt cukai. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab terhadap adat istiadat dan dibantu oleh beberapa orang timbalan dalam menjalankan tugas harian masing-masing.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan