Rabu, 4 Jun 2014

SEJARAH FELDA JENGKA 4

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

       Pintu Gerbang, jalan masuk utama ke Felda Jengka 4
      Tanah Rancangan Felda Jengka 4 terletak dalam daerah Maran dan 26 kilometer dari Bandar Pusat Jengka. Tanah rancangan ini telah dimajukan oleh Felda pada tahun 1967 dan mempunyai dua peringkat pembangunan dengan keluasan kawasan tanaman kelapa sawit seluas 1,412.35 hektar dan 123.85 hektar kawasan perkampungan. Pembangunan Peringkat Satu merangkumi tanah seluas 412.92 hektar dan Pembangunan Peringkat Kedua bermula pada tahun 1968 dengan merangkumi kawasan seluas 999.43 hektar. Wilayah pembangunan Jengka 4 telah mengeluarkan hasil yang pertama pada bulan Januari 1972.[1]

      Menurut Muhammad Salleh Ismail peneroka asal Jengka 4, beliau mula menjadi peneroka pada 3.6.1971.[2] Sebelum menjadi peneroka beliau bekerja sebagai buruh menanam kelapa sawit di Felda Jengka 4. Selepas selesai kotrak menanam sawit pihak pengurusan mempelawa semua buruh yang menanam sawi supaya memohon menjadi peneroka dengan syarat mengisi borang permohonan dan balik ke kampung untuk melangsungkan perkahwinan.[3] Beliau tinggal di rumah No 108 Felda Jengka 4 dan merupakan peneroka yang masuk ke Felda Jengka 1 Peringkat 1. Manakala Imam 1 Felda Jengka 4 pula mula memasuki Felda Jengka 4 pada tahun 1973. Beliau berkelulusan Maahad Muhamadi Kota Bharu dan sekolah pondok di Kelantan. Pada tahun 1973 beliau dilantik sebagai Imam II Masjid Jengka 4. Beliau menetap di No 185  Felda Jengka 4.[4]
    Penoka asa Felda Jengka 4 Muhammad Salleh Ismail.



[1]Nordin Hussin, “ Jengka 1966”, (Federal Land Development Authority FELDA, Kuala Lumpur 2001),45.
[2] Temu ramah dengan Muhammad Salleh Ismail pada 8.4.2012
[3] Ibid.
[4] Temu  ramah dengan Haji Wan Abdullah Wan Yahya pada 1 April 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan