Rabu, 11 Jun 2014

SISTEM PEMBESAR DINEGERI SEMBILAN

oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Sistem pemerintahan di Negeri sembilan dibentuk mengikut Adat perpatih.Pada abad ke-18, orang Minangkabau berhijrah dari Sumatera ke Negeri sembilan bersama dengan saudara-mara masing-masing. Mereka hidup secara berkumpulan mengikut hubungan kekeluargaan. Perkataan,Negeri sembilan, bermaksud 'sembilan buah negeri', tetapi telah dipersetujui bahawa gelaran nama ini tidak pernah mengandungi sembilan buah daerah yang khas.

      Berdasarkan Adat Perpatih, Negeri sembilan dibahagikan kepada beberapa daerah atau jajahan yang disebut luhak atau luak. Mengikut tradisinya memang sudah lama wujud empat buah daerah besar dengan setiap satu ditadbir oleh seorang pembesar yang bergelar undang Berempat. Empat buah daerah yang asal ialah Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol. Terdapat beberapa orang pembesar rendah daerah separuh bebas yang berkaitan dengan salah satu daripada empat daerah besar ini. Undang Berempat menjadi ketua bagi setiap luak dan ketua bagi luak-luak yang lain dikenali sebagai Penghulu. Walau bagaimanapun, pihak yang sebenarnya berkuasa di Negeri Sembilan bukanlah Yang Dipertuan Besar, tetapi empat orang Undang tersebut. Undang berhak untuk memilih dan melantik sesiapa sahaja daripada kerabat diraja menjadi Yang Dipertuan Besar. Para pembesar lain di bawah undang dan Penghulu dikenali sebagai Lembaga, Buapak dan Perut. Lembaga merupakan ketua kepada suku-suku anggota masyarakat. Terdapat lebih kurang 12 suku dengan setiap luak biasanya mempunyai empat suku. Lembaga bertanggungiawab ke atas suku-sukunya dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan keselamatan dan keamanan, menyelesaikan perbalahan sesama suku, mengawal dan mengadili pembahagian harta pusaka serta menjadi orang perantaraan antara anggota sukunya dengan Undang.[6]

      Suku masyarakat Buapak terdiri daripada kumpulan keluarga yang disebut Perut. Ahli-ahli dalam sesuatu Perut akan memilih seorang ketua yang digelar Buapak. Bilangan Buapak agak ramai dan tugasnya sama dengan Lembaga, tetapi terbatas kepada keluarga yang menjadi anggota sesuatu Perut.Buapak hanya berkuasa dalam kalangan ahli perutnya sahaja. Tugas Buapak ialah menjalankan adat istiadat berkaitan dengan perkahwinan, upacara bercukur rambut, berkhatan dan penceraian.[7] Negeri sembilan terdiri daripada sembilan buah negeri, iaitu sungai Ujong,Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.Berikut adalah senarai kawasan atau daerah di Negeri Sembilan yang mempunyai pembesar:
1. SungaiUjong
Dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kawasan pedalaman yang dikuasai oleh Datuk Kelana dan rantau tengah sungai Linggi yang dikuasai oleh Dato' Syahbandar.

2. SungaiLinggi
Daerah kecil yang diambil dari sungai ujong, dikuasai oleh Datuk Muda Linggi.
3. SungaiRayaLukut
Kedua-dua daerah ini dibuka oleh orang Bugis.
4. Rembau
Mempunyai seorang sahaja pembesar daerah, iaitu Undang.
5. Tampin
Sebuah daerah yang diambil dari Rembau dan pembesarnya bergelar Tuanku Besar Tampin'.
6. Inas dan Gemenceh
Dua buah daerah kecil yang diambil dari Johol. Datuk Inas dan Datuk Gemencheh mengakui Undang Johol sebagai ketua besar mereka.
7. Jelebu
Mempunyai seorang pembesar daerah yang bergelar Undang.




[6] Ibid,25
[7] Ong Loo Chen, Teks STPM Sejarah, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, 2013,12.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan