Selasa, 10 Jun 2014

SISTEM PEMBESAR DI NEGERI SELANGOR

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
      Jawatan pembesar di Selangor sebelum Raja Lumu dilantik menjadi rajanya yang pertama ialah Penggawa Permatang, Penggawa Tua, Penghulu Aru, Tok Kelang, Dato'Naga, Dato',Menteri dan orang Kaya Kecil. Asalnya mereka ialah pembesar daerah. Walaupun begitu, jawatan ini belum diputuskan secara rasmi semasa British campur tangan di Selangor pada tahun 1874. Malah, tidak ada seorang pun pemegang jawatan ini menguasai sesuatu daerah. Ini disebabkan bilangan penduduk Selangor ketika itu sangat kecil sehinggakan mereka tidak dapat menyokong satu kelas pemerintah yang lebih daripada beberapa cabang dinasti raja (Bugis-Riau).Anggota dinasti ini mengambil alih jawatan pembesar daerah. Tidak ada gelaran diraja bagi jawatan ini, bahkan anak raja terpaksa menggunakan gelaran pembesar. Kedudukan kelima-lima daerah di selangor yang ditadbirkan oleh para pembesar tertentu pada tahun 1870-an adalah seperti berikut:

Bernam
      Dikuasai oleh satu cabang zuriat diraja sekurang-kurangnya selama dua atau tiga generasi. Pembesarnya pada tahun 1870 ialah anak saudara Sultan Abdul Samad (1857-98), iaitu bapanya berkahwin dengan saudara perempuan sultan.
Selangor
Sebuah daerah diraja negeri selangor yang asal dan surtan tidak lagi bersemayam di situ menjelang pertengahan abad ke 19. Sehingga tahun 1820, daerah ini ditadbirkan oleh anak sulung dan waris takhta kerajaan, Raja Muda Musa. Semasa berlaku perang saudara, pemerintahan daerah ini telah bertukar tangan.
Kelang

Ibu negeri diraja bagi negeri serangor. Semasa pemerintahan sultan Muhammad (1826-1857), daerah Kelang ditadbir oleh putera baginda,Raja Sulaiman. setelah Raja Sulaiman meninggal dunia, puteranya Raja Mahadi terah diketepikan oleh SultanAbdul Samad yang menggantikan sultan Muhammad. Daerah ini telah diberi kepada menantu baginda, Raja Abdullah sehingga membawa kepada  perang saudara  di Selangor. Daerah ini juga pernah diberi kepada seorang lagi menantu sultan, Tunku Kudin yang kemudiannya dilantik oleh baginda menjadi ,Wakil Yamtuan,bagi seturuh Selangor.
Langat
Sebuah daerah yang kurang penting berbanding dengan daerah-daerah lain di selangor. Daerah ini ditadbirkan oleh sultan sendiri. Dalam tahun 1862, SultanAbdul samad memberi daerah Langat kepada Tunku Kudin. Tidak rama kemudian, sultan mengambil semula daerah Langat sebagai pertukaran dengan daerah Kelang yang diberikan kepada Tunku Kudin.
Lukut
Sebuah daerah yang kaya dengan bijih timah di Selangor. Pada tahun 1846, daerah ini diberi oleh sultan Muhammad kepada Raja Jumaat kerana perkhidmatan beliau. Apabila Raja Jumaat meninggal dunia, daerah Lukut diserahkan kepada puteranya, Raja Bot. Daerah Lukut kemudiannya diserahkan kepada Negeri Sembilan selepas satu penyusunan sempadan dibuat pada tahun 1880.[5]





[5] Ibid,24.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan