Rabu, 27 November 2013

KESAN SEJARAH DI PANTAI MORIB

MEMORIAL SEJARAH DI PANTAI MORIB- MAT SMKJ2
Pada 19 Februari 2012 saya berkunjung ke Pantai Morib buat kali terakhir bersama empat orang anak saya iaitu Muhamad Adam, Nursyafira Afrina, Nursyafiza Husna dan Abdul Azim untuk  melawat pantai Morib dan membuat penyelidikan sejarah di Pantai Morib. Ini merupakan kunjungan terakhir  kami kerana isteri saya telah dapat bertukar dari Kolej Matrikulasi Selangor di Banting, balik ke Bandar Pusat untuk bertugas sebagai Pensyarah Matrikulasi Teknikal, Pahang. Jadi tamatlah keperitan berulang dari Bandar Pusat ke Banting selama tiga tahun.

       Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.Kali pertama saya berkunjung ke Pantai Morib ialah pada tahun 1984. Ketika itu saya bersama pensyarah dan pelajar tahun 1 Pengajian Geografi, UKM membuat kajian geografi di Pantai Morib.
                                         Gambar 1: Memorial Peringatan Pendaratan  tentera India dari Batalion ke 45
                                                          tentera Marin British
 Pantai Morib menyimpan pelbagai sejarah negara di mana pada 9 September 1945, satu pasukan tentera India dari Batalion ke-46 tentera marin British telah mendarat di kawasan tersebut bagi mempertahankan persisiran pantai daripada serangan tentera Jepun. Suatu masa dahulu, Pantai Morib pernah menjadi sebuah kawasan pelancongan yang popular di kalangan pelancong asing mahupun tempatan.
 Gambar 3: Maklumat pendaratan tentera India dari Batalion ke 45 tentera Marin British
                                          Gambar 4: Keindahan Pantai Morib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan