Selasa, 31 Disember 2013

BATU NISAN SULTAN MUHAMMAD SHAH 1

Sultan Muhammad Shah 1 merupakan Sultan Pahang pertama keturunan Melaka. Raja Muhammad telah dihalau ke Pahang kerana membunuh anak bendahara Tun Perak. Sumber: Othman Yatim, Sejarah Islam Awal di Pahang: Satu Renungan Kembali, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak.

RUMAH KUTAI DI KOMPLEKS PASIR SALAK

Di Pasir Salak terdapat sebuah rumah tradisional lama yang dinamai sebagai Rumah Kutai. Rumah ini dibina pada zaman Kesultanan Melaka dan Perak. rumah ini diduduki oleh Pengasas pada zaman Kesultanan Sultan Abdullah iaitu Sultan Perak pada tahun 1874. Rumah ini dijadikan tempat untuk semua bentuk aktiviti yang dijalankan yang melibatkan pemerintahan dibawah Sultan Abdullah. Rumah Kutai ini masih lagi bertahan sehingga ke arini kerana strukturnya pembinaan dan pembentukannya bertahan sehingga ke hari ini.

Kini, setelah seabad berlalu, Rumah Kutai ini masih lagi wujud dan strukturnya masih bertahan dan Rumah Kutai ini dijadikan sebagai tempat Muzium iaitu tempat untuk para pelancong atau pengunjung melihat barangan atau peralatan yang dijadikan pameran.

Terdapat pelbagai barangan dan peralatan yang digunakan semasa Kesultanan Abdullah dan penjajah British yang menguasai Pasir Salak terdapat didalam Rumah Kutai ini. Kita boleh mengetahui barangan dan peralatan yang digunakan bagi mendapatkan gambaran dan pengetahuan tentang sejarah mereka dahulu kala.[1]

KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK 2

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB SMKJ2

Pembinaan Komples Sejarah Pasir Salak ini bertujuan untuk menyedarkan generasi muda akan peristiwa Pasir Salak yang merupakan kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Perak. Ia juga bertujuan untuk memperingat jasa dan pengorbanan para pahlawan yang mempertahankan maruah bangsa dan negara.[1]

PINTU MASUK KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK

PINTU GERBANG MASUK KE KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK
 KAUNTER TIKET
 TIKET  BAYARAN MASUK RM4.00 UNTUK DEWASA

Kamera tidak boleh dibawa masuk dalam Terowong Sejarah

TEMPAT BERSEJARAH

Terowong Sejarah

Terowong Sejarah Kompleks Sejarah Pasir Salak merupakan sebuah bangunan muzium yang utama didirikan di kompleks ini. Bangunan yang panjangnya 157 kaki x 115 kaki lebar ini memuatkan 42 diorama-diorama episod sejarah perjuangan patriotisma dan nasionalisma anak watan Negeri Perak khususnya dan hubungkaitnya dengan perkembangan sejarah Malaysia amnya. Dalam perkembangan sejarah negara, diorama-diorama ini bermula dengan episod senario penempatan awal Kuala Selinsing, Perak yang wujud pada tahun 200 sebelum masihi hingga 1000 masihi.
Kemudian diikuti dengan kemunculan Nila Pahlawan, Sang Nila Utama dan Krishna Pandita di Bukit Siguntang yang mana keturunan ini menjadi Raja di Temasik ( Singapura ), Pengasas Kesultanan Melaka dan Perak. Seterusnya diorama ini menceritakan mengenai bagaimana Malaysia menghadapi kuasa penjajah Portugis, Belanda, British, Jepun dan British sekali lagi, episod perjuangan penentangan serta pencapaian kemerdekaan.

Puncak perjuangan patriotisma ditunjukkan dalam diorama life size seperti episod Perjanjian Pangkor dan pembunuhan J.W.W. Birch, Residen British yang pertama di Negeri Perak.Dalam perkembangan perjuangan sejarah Malaysia yang bersepadu ini, setiap negeri-negeri di Malaysia telah terlibat dalam perjuangan patriotisma dan nasionalisma . Episod-episod ini ditunjukkan juga di dalam 13 diorama yang terakhir di dalam Terowong Sejarah Kompleks Sejarah Pasir Salak.[1]

VILLA NABILA di Johor Bahru telah mencetuskan misteri selama lebih 40 tahun.

Banglo misteri Villa Nabila cetus kegemparan

SEBUAH banglo terbiar dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai, Johor Bahru menjadi tumpuan ramai apabila seorang remaja lelaki dilaporkan ‘hilang’ selepas memasuki premis itu bersama beberapa rakannya pada awal pagi 18 November.

Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Hajah Hasnah Majidee sejak tiga hari sebelumnya. Berita itu menarik minat orang ramai yang berpusu-pusu melawat tapak banglo di atas bukit tersebut tetapi Mohamad Izzat kemudian didapati selamat kerana dia sebenarnya tidur di rumah kawan.
SUMBER RUJUKAN: KOSMO ONLINE 31.12.13
Villa Nabila, Johor Bharu
Villa yang bertempat di Danga Bay ini mempunyai ceritanya tersendiri. Terdapat banyak versi mengenai villa ini. Cerita sebenar Villa ini tidak dapat dipastikan. Tetapi tempat ini dikatakan agak keras berdasarkan pengalaman beberapa orang pelajar UTM yang terserempak entiti sewaktu melalui kawasan ini.[1]

[1]http://janganignore.blogspot.com/2012/06/top-5-tempat-menyeramkan-di-malaysia.html

Jalinan peristiwa

TEROWONG ini ditemui di Kampung Kalai, Jeli, Kelantan pada Februari lalu.

RANGKAIANperistiwa yang melewati tahun 2013 banyak mewarnai kehidupan rakyat Malaysia.

Penghargaan kerajaan Turki yang membenarkan seorang pelajar Malaysia yang meninggal dunia di negara itu dikebumikan di makam para sahabat Nabi Muhammad antara detik sangat mengharukan.

Pembukaan Muzium Diraja di Istana Negara lama di Kuala Lumpur juga menjadi detik bersejarah yang akan dikenang.

Terowong lama Kampung Kalai ditemui

SEBUAH terowong yang ditemui di Kampung Kalai, Jeli, Kelantan pada bulan Februari lalu dipercayai digali sebelum kedatangan British. Laluannya juga dikatakan mampu menembusi sehingga ke sempadan Thailand.

Terowong tersebut turut didakwa dijadikan laluan oleh pelarian Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani yang berhijrah ke Kelantan untuk bersembunyi tetapi sebahagian daripada terowong itu telah dibom bagi menyekat kemaraan pelarian.

Isnin, 30 Disember 2013

Guru jelajah benua Afrika dengan kapcai

30 Disember 2013

Guru jelajah benua Afrika dengan kapcai
Guru jelajah benua Afrika dengan kapcai Mohammad Lasim Deraman, 47, (dua, kanan) bergambar kenangan dengan masyarakat Afrika selepas tiba di Palapye, Bostwana. - Foto Bernam
GEORGETOWN - Seorang guru membuktikan dengan semangat 'Malaysia Boleh' segalanya mungkin termasuk menjelajah benua Afrika dalam tempoh 42 hari dengan menunggang kapcai (motosikal 110cc) seorang diri. 

Atas inisiatif sendiri, Mohammad Lasim Deraman, 47, memulakan perjalanan sejauh lebih 10,000 kilometer pada 15 Nov lepas di Cape Point iaitu kawasan paling selatan di benua Afrika, dan merentasi antaranya Tanzania, Bostwana, Zambia sebelum mengakhirinya di Mount Kenya, gunung kedua tertinggi di benua itu.

"Saya pilih benua Afrika kerana keadaan geografinya yang mencabar dengan kawasan pergunungan, danau, sungai dan gurun yang saya rasa punya rahsia tersendiri," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Guru pendidikan khas di sebuah sekolah menengah di Cheras, Kuala Lumpur itu berkata sebelum ini beliau pernah bermotosikal menjelajah seluruh pulau Borneo serta kepulauan Indonesia.

Menceritakan pengalamannya sepanjang jelajah di benua kedua terbesar dunia itu, Mohammad Lasim berkata antara yang membanggakannya ialah nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad begitu dikenali oleh masyarakat di sana.

Mereka cukup gembira apabila diminta bergambar bersama bendera Malaysia, kata anak jati Kota Baharu, Kelantan itu.

Menurut Mohammad Lasim, pada awalnya beliau merancang ke tanah suci Makkah melalui Nairobi, selepas tiba di Moyale (bandar di sempadan Ethiopia dan Kenya) pada hari ke-34, namun terpaksa membatalkan hasrat kerana berlaku perang saudara di Nairobi.

"Kedutaan juga menasihatkan saya berpatah balik kerana pertempuran melibatkan pertumpahan darah dan sangat berbahaya," katanya.

Usai jelajahnya di benua Afrika, guru itu tidak terus pulang ke tanah air.

Sebaliknya beliau menghantar kapcainya ke Thailand dan mengambil keputusan menjelajah negara Gajah Putih berkenaan yang dicapainya dalam tempoh tiga hari.

Beliau kemudian menunggang ke selatan Thai dan memasuki negara ini pada 26 Disember lalu menerusi Bukit Kayu Hitam sebelum ke sini untuk bertemu rakan-rakan.

Ditanya mengenai tip bagi yang berminat mengembara dengan kapcai, Mohammad Lasim berkata seseorang perlu tahu penyelenggaraan asas motosikal seperti menampal tayar sebelum berbuat demikian.

Mengembara dengan kapcai ini suatu yang menarik kerana selain kos yang rendah juga memberi peluang kita berinteraksi dengan masyarakat setempat, katanya yang seronok dapat melihat kehidupan pelbagai etnik di Afrika termasuk etnik Zulu yang masih mengekalkan tradisi mereka termasuk tinggal di dalam pondok jerami. – Bernama

SINAR HARIAN ONLINE ;30.12.13

TUN RAZAK KAPTEN FORCE 136

SUMBER RUJUKAN:MOHD ZAMBERI A MALEK, PERJUANGAN HARIMAU MALAYA MENENTANG JEPUN, IPOH ,YAYASAN PERAK, 2009.

SAMBUTAN ULANGTAHUN TLDM 4 JULAI 1975

SUMBER RUJUKAN: UTUSAN MALAYSIA

Perairan Malaysia Khazanah Harta Karun

JAUH dalam kegelapan dasar laut yang terselindung di beberapa lokasi rahsia di perairan negara ini, tersembunyi beberapa khazanah misteri berusia ratusan tahun tanpa disedari sesiapa.

Selama beratus tahun itu jugalah khazanah berkenaan terpegun melewati masa. Kehadirannya di dasar laut yang asing itu sekadar menjadi mainan dan lokasi kediaman buat ribuan ikan dan hidupan laut.
 Sehinggalah kira-kira 30 tahun lalu, dengan penuh persoalan yang membenih pada minda, beberapa penyelidik mula menyelam di dasar lautan perairan negara bagi meneroka lokasi misteri khazanah berkenaan.

Selepas beberapa ketika mencari pada pelbagai tempat di dasar laut, akhirnya penyelidik menemui satu bentuk tinggalan aneh yang terdampar di dasar lautan luas itu.

Selepas diamati dan didekati, akhirnya penyelidik terbabit menyedari bahawa di dasar Laut China Selatan dan Selat Melaka di negara ini, tersimpan banyak warisan kapal karam purba yang turut menenggelamkan bersamanya khazanah ‘harta karun’ yang tidak ternilai harganya.
 
Pakar Arkeologi yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Dr Adi Taha, berkata keadaan geografi dan sejarah silam di Tanah Melayu menyebabkan ia memiliki banyak khazanah maritim berupa kapal karam dan harta karun.

“Lokasi tanah air kita yang strategik iaitu terletak di tengah jalan laut yang menghubungkan antara dunia Timur dan Barat menyebabkan ia menjadi lokasi persinggahan pedagang, suatu ketika dulu.

“Keadaan itu juga menyebabkan Melaka menjadi terkenal sebagai satu daripada lokasi perdagangan pada abad ke-15 dan jalan laut sekitar negara kita dipenuhi kapal dagang yang membawa banyak harta atau barang dagangan,” katanya.

Beliau berkata, ada kapal yang membawa barang dagangan berharga itu yang karam di perairan negara akibat pelbagai sebab antaranya melanggar batu karang, dibedil dalam peperangan atau dipukul ribut.
Seterusnya melewati masa sedari zaman penjajahan Portugis, Belanda, British sehinggalah ke Jepun, semakin banyak pula kapal yang membawa pelbagai harta karun, karam di dasar laut itu.

Harta karun yang ditemui dalam kapal karam berkenaan bagaimanapun bukanlah berupa jongkong emas atau permata sebaliknya tembikar, seramik, senjata, wang syiling lama selain pelbagai barang dagangan pada zaman itu.

“Antara usaha terawal dalam kerja mencari kapal karam di dasar laut dilakukan sekitar penghujung 1970-an apabila Kerajaan Terengganu bersama Jabatan Muzium dan dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) menemui bangkai kapal karam tentera Jepun berhampiran Chendering.

“Kapal itu karam kerana terkena tembakan peluru berpandu dan tenggelam kira-kira 30 meter di dasar laut. Kerja penyelaman dijalankan dan lakaran bentuk kapal itu berjaya dihasilkan,” katanya.

Beliau berkata, antara penemuan terbesar dalam kerja mencari kapal karam di dasar laut dicatat pada 1980 apabila bangkai kapal dagang ‘Risdam’ ditemui di perairan Mersing, Johor. Kapal dagang milik Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) itu sudah berusia 253 tahun dan ia didapati karam pada 1727.

‘Harta karun’ yang ditemui dalam kapal itu adalah 90 gading gajah, kira-kira 100 jongkong timah dan dua tembikar yang dibuat dari Thailand.

Beliau berkata, sehingga kini, lebih 10 kapal karam sudah ditemui di perairan Malaysia dan selain Jabatan Muzium, usaha mencari kapal itu turut membabitkan pihak swasta dan orang perseorangan termasuk pencari harta karun.

Antara kapal karam yang ditemui adalah:

Kapal ‘Nassau’ milik Belanda ditemui pada kedalaman 27 meter dari paras laut berhampiran Port Dickson. Kapal yang ditemui pada 1993 itu dipercayai karam dalam pertempuran ‘Tanjung Tuan’ antara Belanda dengan Portugis pada 1606. Antara harta karun yang ditemui dalam kapal itu adalah senapang besi, meriam gangsa, kelengkapan pelayaran seperti kompas, 1,000 syiling perak Sepanyol dan bekas minuman.
Kapal ‘Turiang’ yang dipercayai dari China, tenggelam pada 1370 ditemui pada 1998 di perairan Johor. Ia tenggelam pada kedalaman 42 meter dan seramik yang ditemui dalam kapal itu masih berkeadaan baik.
Kapal ‘Nanyang’ yang juga dipercayai dari China ditemui pada kedalaman 54 meter dari paras laut, berhampiran perairan Johor. Kira-kira 400 seramik sudah dikeluarkan dari kapal yang tenggelam pada 1380 dan ditemui semula pada 1995 itu.
Kapal ‘Royal Nanhai’ yang tenggelam pada 1460 ditemui pada 1995 di kedalaman 46 meter dari paras laut, kira-kira 40 batu nautika dari Pantai Timur. Sebanyak 21,000 seramik antaranya buatan Thailand, China dan Vietnam ditemui di dalamnya.
Kapal ‘Longquan’ yang karam sekitar 1390, ditemui semula pada 1996 pada kedalaman 63 meter dari paras laut dan 23 batu nautika dari pantai Terengganu. Ia membawa seramik dari China dan Thailand.
Kapal ‘Xuande’ yang karam pada 1540 ditemui pada kedalaman 53 meter dari paras laut dan jaraknya 34 batu nautika dari pantai Pahang. Kapal yang ditemui pada 1996 itu membawa harta karun berupa seramik dari China dan Thailand.
Kapal ‘Desaru’ yang turut membawa seramik buatan China, ditemui pada kedalaman 20 meter dari paras laut berdekatan Mersing. Kapal yang karam pada 1830 dan dijumpai pada 2001 itu berukuran panjang 30 meter dan tujuh meter lebar.
* Kapal ‘Singtai’ tenggelam pada 1550 dan ditemui pada 2001 kira-kira 12 batu nautika dari Kelantan. Kapal yang panjangnya 22 meter itu belayar di Laut China Selatan dan ratusan seramik ditemui di dalamnya.
Kapal ‘Diana’ milik British pula karam pada 1817 di perairan Selat Melaka dan hanya ditemui pada 1993 pada kedalaman 34 meter dari paras laut. Barang seramik dan porselin adalah kargo utama dalam kapal yang mempunyai muatan seberat 11 tan. Antara barangan itu ialah pinggan mangkuk, set teh dan kira-kira 24,000 unit tembikar China daripada jenis biru dan putih.
Sumber: unwanted86.blogspot.com/2008/10/perairan-malaysia-khazanah-harta-karun.html

Suntingan: audaf

Ahad, 29 Disember 2013

Perginya Srikandi UMNO

Oleh Nurul anuar kari
PADA hari Jumaat, penghulu segala hari dan di ambang permulaan perjuangan untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), UMNO kehilangan seorang lagi srikandi, Tan Sri Aishah Ghani, 90, yang meninggal dunia pada 12.50 tengah hari di Hospital Gleneagles di Kuala Lumpur.

Allahyarham meninggal dunia genap seminggu selepas perginya seorang lagi tokoh politik dan antara pengasas UMNO, Datuk Paduka Fatimah Abdul Majid yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 12 April lalu.

Aishah dilahirkan pada 15 Disember 1923 di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor dan menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Raya, Cheras, Selangor.

Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia dari 1936 hingga 1939 dan memasuki Maktab Perguruan Tinggi Islam di Padang, juga di Sumatera Barat antara 1940 hingga 1943.

Allahyarham kemudian mengejar cita-citanya dengan melanjutkan pelajaran dalam jurusan kewartawanan di Regent Street Polytechnic di London bermula 1955 hingga 1958 sebelum kembali ke tanah air pada 1959 untuk memulakan tugas sebagai wartawan di Berita Harian dan penyunting di Kumpulan Akhbar New Straits Times.

Perkahwinannya dengan Allahyarham Abdul Aziz Abu Hassan sejak 1946 pula dikurniakan empat orang anak, iaitu Shairudin, Mariati, Datuk Astaman dan Zarim.

Penglibatan Allahyarham dalam bidang politik bermula dengan penyertaan dalam Parti Kebangsaan Melayu (PKM) selaku ketua sayap wanitanya, Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

Beliau kemudian keluar dari parti tersebut pada 1946 dan menjadi ahli UMNO bermula 1949 di Cawangan Pasar Pudu dan aktif bersama UMNO Kampung Baru setelah diberi tugas sebagai Setiausaha.

Aishah mengundurkan diri dari bidang kewartawanan pada 1963 apabila diangkat menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Naib Ketua Wanita UMNO, di samping menggalas tanggungjawab selaku Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Selangor antara 1960 dan 1972.

Allahyarham juga dilantik sebagai Senator wanita pertama negara pada 1962 dan 1968, seterusnya diberi kepercayaan selaku wanita pertama mewakili Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Antara 1967 hingga 1972, beliau turut menjadi wakil Malaysia ke Persidangan Suruhanjaya Taraf Wanita PBB, sebelum mengambil alih jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia daripada Allahyarham Tan Sri Fatimah Hashim, bermula 1972 sehingga 1984.

Bermula 1973, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dan memegang jawatan tersebut selama 11 tahun sebelum menamatkan khidmat sebagai menteri pada 1984.

Allahyarham merupakan individu yang melancarkan Yayasan Kebajikan Negara yang masih berfungsi sehingga sekarang dan menjadi Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sejak 1986.

Antara jawatan lain yang diamanahkan kepada beliau termasuk Pengerusi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad sejak penubuhannya pada 1975; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1985-1997), Ahli Jawatankuasa Yayasan Tun Abdul Razak dan Pengerusi Pusat Perlindungan Wanita Darsaadah.

Sepanjang hayatnya, Aishah turut bergiat aktif dalam dunia perniagaan dan turut dianugerahkan pelbagai bintang serta pingat kebesaran, termasuk Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002.

Bermula dari peringkat bawah dalam UMNO, Allahyarham pernah menyatakan telah memberikan yang terbaik sepanjang berjuang di peringkat kebangsaan parti antara 1960 hingga 2004.

Jiwanya yang berkobar-kobar demi bangsa dan negara timbul sejak melihat kepahitan penindasan Jepun di Malaya sehingga mendorong beliau menyertai perjuangan untuk keluar daripada belenggu penjajah, walaupun ketika itu beliau cuma seorang pelajar yang masih muda.

RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130420/re_01/Perginya-Srikandi-UMNO#ixzz2owVSBjOJ © Utusan Melayu (M) Bhd

Sultan Ahmad Shah raikan sambutan ke-100 Sekolah Clifford

Sebahagian tetamu yang menghadiri Majlis Perasmian Perayaan Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang, semalam.
KUALA LIPIS 15 Dis. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berbangga dapat meraikan sambutan ke-100 Sekolah Clifford yang pernah baginda bersekolah pada 1946 iaitu ketika berusia 16 tahun.

Baginda bertitah, menjejakkan kaki di Sekolah Clifford yang penuh bersejarah ini dapat mengimbau dan menggamit kembali 1,001 memori sewaktu belajar selama dua tahun.

"Inilah satu-satunya sekolah yang cukup bermakna bagi saya. Pada 1964, saya bersama paduka ayahanda Almarhum Sultan Abu Bakar hadir meraikan Jubli Emas.

"Pada 1975 pula saya sekali lagi hadir meraikan sambutan Jubli Intan dan hari ini dengan izin Allah SWT saya berkesempatan hadir untuk menyaksikan sambutan 100 tahun usia sekolah ini," titah baginda dalam Majlis Perasmian Perayaan Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford dan Pengisytiharan Nama Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, di sini malam tadi.

Turut berangkat ialah Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohamad Safian Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak dan Yang Dipertua, Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford Lipis (LOCA), Shaaban Jaafar.

Lebih 1,000 bekas pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia termasuk penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hadir memeriahkan majlis walaupun dalam keadaan hujan.Pada majlis tersebut, baginda turut mengisytiharkan dewan SMK Clifford sebagai Dewan Sultan Haji Ahmad Shah.

"Saya berharap sejajar dengan pengisytiharan tersebut, pelajar dapat menghayati dan meneruskan kecemerlangan serta kegemilangan dalam pendidikan pada masa akan datang.

"Saya juga berharap bekas pelajar Sekolah Clifford dapat memberi bantuan dalam apa jua bentuk dalam memastikan sekolah ini berada di landasan kecemerlangan dan gemilang di persada negara," titah baginda.

RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131216/pe_02/Sultan-Ahmad-Shah-raikan-sambutan-ke-100-Sekolah-Clifford#ixzz2owTm0qP9 © Utusan Melayu (M) Bhd

Borhan, aktivis budaya, politik Melayu gigih

29 Disember 2013

 Borhan Mohd Yaman
Borhan Mohd Yaman Borhan Mohd Yaman
MELAKA - Datuk Borhan Mohd Yaman, juga dikenali dengan nama penanya Burmy, adalah seorang tokoh yang tidak mengenal penat lelah dalam memperjuangkan budaya dan politik orang Melayu.

Borhan, 84, terkenal sebagai seorang penulis dan ahli politik sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan aktif bersama Tun Abdul Ghafar Baba memperjuangkan nasib orang Melayu menerusi Umno.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Umno Melaka pada tahun 1958 dan 1960 hingga 1961 dan menjadi Ketua Pemuda Umno negeri Melaka dari tahun 1959 hingga 1969.

Borhan yang dilahirkan di Kg Lubok Redan, Kuala Sungai Baru di sini pada 7 April 1929 telah memainkan peranan penting membawa masuk anak-anak muda ke dalam Umno.

Semangat beliau yang cintakan kepada bangsa, agama dan kemerdekaan negara dibuktikan apabila beliau mula menjadi ahli Umno pada tahun 1951 ketika berumur 22 tahun. 

Sebagai anggota yang berkaliber, Borhan telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Melaka seterusnya pada tahun 1954 beliau telah dipilih menjadi Penolong Setiausaha Pemuda Umno Melaka.

Bintang politiknya mula bersinar apabila menjadi Setiausaha Umno Melaka pada 1958 dan 1960 hingga 1961, dan pada tahun 1959, beliau telah dipilih menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Melaka sehingga 1969 di samping menjadi Ahli  Jawatankuasa Umno Tanah Melayu pada tahun 1961 hingga 1971.

Bertugas sebagai seorang guru di sini dan mendapat kebenaran berpolitik dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, beliau mempunyai minat membaca dan menulis di dalam akhbar dan majalah.

Di samping itu, beliau menjadi wakil Akhbar Merdeka, lidah rasmi Umno, bagi negeri Melaka malah sebagai seorang anak muda yang cintakan bangsa, agama dan tanah air, Borhan sentiasa mengambil berat pergolakan politik Tanah Melayu sejak 1940-an lagi serta beliau berminat membaca berita-berita dan buku-buku yang berhubung dengan politik Tanah Melayu dan luar negara antaranya Indonesia.

Beliau kerap menulis di dalam Majalah Guru dan Akhbar Merdeka, juga terkenal sebagai seorang penulis rencana dan puisi yang bertemakan kebangsaan malah telah menggabungkan kegiatan politik dengan lapangan penulisan.

Jasa Borhan dalam pembelaan bangsa, agama dan negara amat luas.

Ketika menjadi Ahli Jawatankuasa Lembaga Kemajuan Bahasa Kebangsaan (LKBK) di bawah Majlis Perbandaran Kota Melaka pada tahun 1962, beliau memainkan peranan penting bagi menukar nama-nama jalan kepada nama-nama bercorak kebangsaan.

Antaranya beliau mengusulkan penukaran Wolforstan Road kepada Jalan Bendahara, Main Road dan Eastern Road kepada Jalan Temenggong, Buona Vista Road kepada Jalan Hang Tuah, First Street kepada Jalan Hang Jebat, Second Cross Street kepada Jalan Hang Kasturi, Third Cross Road kepada Jalan Hang Lekir.

Ketika menjadi Pengerusi LKBK, beliau telah membuat seruan kepada wakil-wakil Dewan Perniagaan Cina, Dewan Perniagaan Chettiar dan Dewan Perniagaan Melaka supaya mengubah tulisan-tulisan papan tanda kedai mereka ke
dalam Bahasa Melayu.

Borhan meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi ini akibat sakit tua di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Klebang di sini pada pukul 2.15 petang. - Bernama
SINAR HARIAN ONLINE 29.12.13

Anjakan kutub bumi

MARLISSA MOHAMMAD KAMAL-30 Disember 2013

 Anjakan kutub bumi
Anjakan kutub bumi
KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi.

Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.

Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.

Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun.

Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun.

Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.

Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.

Medan magnet bumi berganjak

Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.

Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.

Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.

Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.

Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan.

Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan.

Apabila peralihan tersebut berlaku,  kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara. 

Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu.

“Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.

"Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi.

Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.

Waktu lebih singkat

Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8  mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.

“Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.

Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.

Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku.

SINAR HARIAN ONLINE 30.12.13