Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj lahir pada 8 Februari 1903. Beliau merupakan putera ketujuh Sultan Abdul Halim Shah iaitu Sultan Kedah yang ke-24. Beliau belajar di sekolah Melayu sebelum berpindah ke Penang Free School. Pada tahun 1919, beliau melanjutkan pelajaran ke St Catherine's College. Pada tahun 1925, beliau lulus dari Universiti Cambridge. Beliau merupakan anak Melayu pertama yang mendapat kelulusan universiti dari England.
Kemudiannya, Tunku menyertai perkhidmatan awam di Kedah dan pernah bertugas sebagai pegawai daerah di Kuala Muda, Padang Terap, Langkawi dan Kulim. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Inner Temple dan ditauliahkan sebagai peguam pada tahun 1949. Pada tahun tersebut juga Tunku telah menyertai UMNO dan dipilih sebagai ketua UMNO negeri Kedah. Pada 26 Ogos 1951,Tunku dipilih sebagai Presiden UMNO peringkat kebangsaan setelah Dato' Onn Ja'afar meletak jawatan. Sebelum dipilih sebagai Presiden, Tunku memang sangat aktif dalam bidang politik.
Beliau bersama-sama dengan raja-raja Melayu dan orang Melayu menentang Malayan Union.Antara usaha awal Tunku ialah langkah-langkah untuk mewujudkan perpaduan sebelum memperjuangkan kemerdekaan. Beliau telah mengadakan pakatan murni demi memupuk perpaduan kaum. Beliau telah menganjurkan konvensyen kebangsaan bersama-sama dengan MCA pada tahun 1954.
Pada tahun 1955. Parli Perikatan telah dibentuk iaitu gabungan UMNO, MCA dan MlC. Dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan, Parti Perikatan berjaya mencapai kemenangan cemerlang dengan memenangi 5l buah kerusi. Kemenangan itu menyebabkan Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk menuntut semula kedaulatan negara daripada kerajaan Britian. Perjanjian kemerdekaan ditandatangani di London pada 8 Februari 1 956. Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Oktober 1957. Sebuah suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Reid dibentuk untuk mengkaji perlembagaan bagi Tanah Melayu.
Selepas merdeka Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau terus memimpin Parti Perikatan dalam tiga pilihan raya iaitu pada tahun 1959, 1964 dan 1969. Kepimpinan Tunku adalah faktor yang mendorong Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.Dasar toleransi dan taktik permuafakatan kaum beliau menunjukkan keunggulan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak.
Sumbangan Tunku yang lain ialah usaha beliau dalam menamatkan ancaman komunis di Tanah Melayu. Beliau sanggup mengadakan Rundingan Baling dan bertemu dengan Chin Peng. Hal ini jelas membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan negara. Rundingan Baling telah berlangsung di Sekolah Rendah Baling pada 28 Disember 1955. Rundingan ini tidak berjaya kerana Tunku enggan mengiktiraf PKM sebagai parli politik yang sah. Namun demikian, perjuangan PKM bertambah lemah kerana tidak mendapat sokongan daripada penduduk tempatan yang sudah pun yakin terhadap pemerintahan Tunku. Malahan terdapat gerila PKM yang menyerah diri dan ada juga yang melarikan diri ke sempadan Thailand. Ancaman komunis tamat semasa pemerintahan Tunku dan darurat diisytiharkan tamat pada tahun 1960.
Sumbangan politik Tunku yang masih disanjung tinggi ialah usaha beliau membentuk Gagasan Malaysia. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan idea pembentukan Malaysia di Hotel Adelphi Singapura. Tujuan beliau adalah untuk menjamin kekukuhan politik, keselamatan, ekonon.ri dan sosial semua negara yang terlibat. pada peringkat awal, gabungan ini melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah. Sarawak dan Brunei tetapi kemudiannya Brunei telah menarik diri kerana rnenghadapi pemberontakan daripada rakyat yang dipirnpin oleh A.M.Azahari selain disebabkan isu hasil minyak.
Pembentukan Gagasan Malaysia juga mendapat reaksi negatif dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia yang kemudiannya melancarkan konfrontasi. Tunku dengan kebijaksanaannya berjaya mengatasi segala cabaran ini dengan mendapat sokongan padu dari rakyat, kerajaan British dan PBB. pada l6 Septernber I963, Persekutuan Malaysia telah dibentuk dan Tunku digelar 'Bapa Malalsia'.
Tunku juga telah merintis jalan dalarn menggubal dasar luar negara dengan rrengarnbil kira beberapa faktor penting. Pada peringkat awal kemedekaan, beliau mengamalkan dasar probarat dan antikomunis.Dasar ini dapat menjamin kedauiatan negara daripada ancaman musuh. Pada masa yang sarna, dasar ini dapat menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara.
Tunku juga menjalinkan hubungan baik dengan negara jiran dengan mencadangkan penubuhan ASA dan MAPHILINDO. Tujuan pertubuhan-pertubuhan tersebut adalah untuk rneningkatkan persahabatan dan penyertaan dalam ASEAN. ASEAN yang dibentuk pada tahun 1967 bertujuan mewujudkan hubungan serantau yang baru.
Sumbangan politik Tunku yang amat besar ialah penyertaan beliau dalam pentubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bagi menghargai sumbangannya, Tunku telah dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama. Tunku berusaha mendapatkan kerjasama OIC untuk menyelesaikan peperangan Iran-lraq. pada masa yang sama Malaysia juga rnenyokong perjuangan rakyat palestin dalam memerangi kezaliman rejim lsrael. Tunku juga menubuhkan Bank Pembangunan Islam yang rnemberi bantuan kewangan kepada negara anggota OIC.
Selain dari itu, Tunku juga mementingkan hubungan antarabangsa. Malaysia bergerak aktif dalam badan-badan antarabangsa seperti PBB dan Komanwel Tunku telah menghantar misi perdamaian dan kearnanan ke Congo pada tahun 1961. Beliau juga sangat menghormati hak asasi manusia dan ini digambarkan dalam usaha beliau mengkritik keras Dasar Aparteid di Afrika Selatan sehingga negara tersebut disingkirkan daripada Komanwel.
Kesimpulannya, Tunku Abdul Rahman merupakan seorang pemimpin yang berwibawa dan berkaliber.Beliau mempunyai pandangan jauh untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan dan kegemilangan. Usaha-usaha Tunku rnenunjukkan beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sangat mementingkan perpaduan kaum. Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990. Narrun, sumbangan besar Tunku sebagai 'Bapa Kemerdekaan' dan .Bapa Malaysia tetap dikenang oleh setiap rakyat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan