Isnin, 27 Ogos 2018

SOALAN 4 REVOLUSI SAINS YANG BERKEMBANG SEKITAR KURUN KE-17 ADALAH FAKTOR PENTING BAGI KEMUNCULAN ERA ENLIGHTENMENT DI EROPAH. BINCANGKAN PERNYATAAN INI.

Pengenalan
·         Menjelang abad ke-18, muncul zaman yang dikenali sebagai Enlightenment atau Zaman Pencerahan.
·         Zaman ini menyaksikan kemunculan gerakan intelektual yang dipelopori oleh pemikir-pemikir dalam bidang politik, ekonomi dan social, contohnya John Locke, Voltaire, Montesquieu dan Adam Smith.
·         Revolusi Sains adalah faktor penting bagi kemunculan era enlightenment namun terdapat beberapa faktor lain yang turut mendorong perkembangan gerakan tersebut di Eropah.

1.      Revolusi Sains
·         Revolusi sains menyebabkan penekanan terhadap ilmu dan akal yang membawa kepada kemunculan idea-idea baharu serta penyelidikan bercorak saintifik.
·         Kemajuan dalam bidang sains menyebabkab perubahan daripada kepercayaan karut dan mitos kepada kuasa akal dan sains.
·         Revolusi sains telah melahirkan ramai tokoh saintis yang terkenal seperti francis Bacon, Spinoza, John Locke dan Isaac Newton. Idea2 mereka tersebar luas dan menjadi ciri-ciri dominan tamadun Eropah mulai abad ke-17.

2.      Pengaruh Renaisans
·         Gerakan Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dan pemikiran kritikal dalam kalangan masyarakat. Hasilnya berlaku kemajuan yang pesat dalam ilmu pengetahuan, sains, seni lukis, seni bina dan sebagainya.
·         Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang bersedia untuk menghadapi perubahan yang lebih besar.

3.      Pengaruh reformasi
·         Gerakan reformasi turut memainkan peranan dalam perkembangan gerakan intelektual di Eropah.
·         Gerakan ini menyebabkan wujud institusi yang mempunyai kuasa autonomi dan bebas daripada pengaruh gereja. Hal ini membolehkan idea baru seperti rasionalisme berkembang sekaligus meletakkan asas bagi kelahiran revolusi di Eropah. 

4.      Pengaruh ahli falsafah.
·         Golongan ahli falsafah turut memainkan peranan dalam perkembangan gerakan intelektual di Eropah.
·         Golongan ini terdedah kapada pemikiran kritis dan memiliki semangat ingin tahu yang kuat. Mereka member penekanan kepada pemikiran yang bersifat rasionalistik dan saintifik.
·         Perkembangan ini menyebabkan lahir pemikir-pemikir dalam pelbagai bidang ilmu.

5.      Penerokaan dan Penjelajahan
·         Kegiatan ini menyebabkan lahir keinginan yang kuat dalam kalangan orang Eropah untuk memperolehi idea dan maklumat tentang bangsa dan budaya lain.
·         Perkembangan ini melahirkan corak pemikiran baharu yang berasaskan empiris dan sebab musabab.

6.      Peranan kelas pertengahan
·         Golongan terpelajar dari kelas pertengahan mula meninggalkan tabiat lama yang tidak sesuai dengan zaman baharu.
·         Mereka terdedah dengan perkembanagn semasa melalui suratkhabar dan majalah.
·         Perkembangan ini menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap kamus, ensiklopedia dan karya pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.
Kesimpulan 
·         Perkembangan ini menjadikan Eropah sebagai sebuah tempat yang penuh dengan idea-idea baharu sekaligus menjadi asas bagi perkembangan Gerakan Intelektual di Eropah pada abad ke-18. Kelahiran tokoh juga telah menyumbang kepada perkembangan pelbagai bidang ilmu di Eropah. 
SUMBER-

JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P1 940/1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan