Pada 26 Ogos saya merasa amat teruja
kerana kembali ke Kuala Pahang setelah anak saya mendaftar sebagai pelajar baru
di Universiti Malaysia Pahang. Sejak berpindah dari SMK Tengku Abdullah Pekan
1996, buat pertama kali saya menjejak kaki ke Kampung Marhum., Kuala Pahang.Matlamatnya
ialah untuk membuat penyelidikan sejarah di Makam Diraja Kampug Marhum.Makam
Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang terletak di Pekan, Pahang. Makam Diraja
Kampung Marhum ini terletak di tebing kiri muara Sungai Pahang di antara Kuala
Pahang dan Kampung Marhum. Makam ini merupakan antara makam bersejarah yang
terdapat di daerah Pekan.
Menurut Sejarah Pahang, Makam Diraja
Kampung Marhum telah wujud sejak kurun ke-18 lagi. Bendahara Tun Habib Abdul
Majid merupakan Bendahara Pahang pertama disemadikan di situ, dalam tahun
1780-an. Diikuti Bendahara Tun Koris dalam tahun 1806 dan Bendahara Wan Ali
dalam tahun 1856.[1]
“Kebanyakan yang dimakamkan di kawasan
tersebut terdiri daripada keluarga diraja antaranya Sultan Ahmad Al-Muadzam
Shah, Sultan Mahmud (Sultan Pahang kedua),Sultan Abdullah (Sultan Pahang
ketiga), Bendahara Tun Korish, Bendahara Tun Ali, Tun Fatimah (Tengku Ampuan
pertama), dan Sultan Mahmud Muzaffar Lingga-Riau dan Sultan Abdul Jalil Ri’ayat
Shah (Raja Johor kedua).
“Makam tersebut dipercayai
digunakan sejak abad ke 19 namun jika melihat kepada kepelbagaian batu nisan
yang sebahagiannya terdiri daripada batu nisan Aceh, kewujudannya mungkin lebih
awal daripada zaman tersebut. Ini kerana penyebaran batu Aceh dikatakan berlaku
antara abad ke-13 hingga ke-19,” katanya.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan