Muslim pilgrims pray on a rocky
hill called the Mountain of Mercy, on the Plain of Arafat, near the holy city
of Mecca, Saudi Arabia, Wednesday, Sept. 23, 2015 during the hajj pilgrimage.
Mount Arafat, marked by a white pillar, is where Islam's Prophet Muhammad is
believed to have delivered his last sermon to tens of thousands of followers
some 1,400 years ago, calling on Muslims to unite. (AP Photo/Mosa'ab
Elshamy)JEMAAH haji berdoa di Padang Arafah berhampiran Mekah, semalam.
APNOTATERBITANUTUSAN MALAYSIA24 SEPTEMBER 2015KHAMISMUKA 15Archived By Wz
31 Ogos 2017 4:00 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
PENGORBANAN seorang Muslim
terhadap harta dan kesusahan badannya dalam menjalani ibadah haji terutama
kerana terpaksa bermusafir jauh meninggalkan keluarga adalah tidak lain dan
bukan kecuali semata-mata untuk mentaati perintah Allah.
Maka, jika kita imbau kembali
ucapan Nabi SAW pada haji terakhir Baginda ketika di Arafah di atas untanya
al-Qaswa. Antaranya:
“Sesungguhnya Allah telah
mengharamkan atas kamu darah sesamamu dan harta sesamamu sampai kamu berjumpa
dengan Tuhanmu, seperti haramnya hari ini dan bulan ini. Sesungguhnya kamu
pasti akan berjumpa dengan Tuhanmu dan Dia pasti akan menanyakan kamu tentang
segala perbuatanmu.”
“Wahai manusia! Sesungguhnya
Tuhanmu cuma satu, dan sungguh ayah kamu juga satu. Kamu semua berasal daripada
Adam, sedangkan Adam daripada tanah. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu
di sisi Allah adalah yang paling bertakwa. Tiada keutamaan orang Arab daripada
orang bukan Arab melainkan yang bertakwa,” - Sahih Muslim.
Jelas di sini bagaimana
hubungan seorang Muslim dengan saudara Muslim lain iaitu hak persaudaraan yang
erat dari segi penjagaan maruah, jiwa dan harta saudara Islam sesama Islam.
Inilah yang sepatutnya wujud
daripada pelaksanaan wukuf di Arafah. Apakah maknanya Muslimin wukuf di Arafah
sedangkan mereka bersengketa, membenci dan merampas hak sesama mereka?
Kalau ini yang berlaku apakah
mereka akan termasuk dalam kalangan orang yang mendapat keampunan dan pelepasan
daripada api neraka? Kesamaan warna kain ihram putih, berhimpun di satu tempat
membawa makna kesucian dan kesamaan serta kesatuan yang sepatutnya wujud
melalui perbuatan wukuf di Arafah.
Antara lain yang diucapkan
Rasulullah SAW ketika wukuf ialah:
“Wahai manusia, sesungguhnya
aku telah meninggalkan bagi kamu sesuatu, yang jika kamu berpegang teguh
kepadanya pasti kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu sesuatu yang
terang dan nyata: Kitab Allah dan Sunah Nabi-Nya.
Ucapan Baginda itu sewajarnya
menyedarkan Muslimin yang berhimpun bahawa bagaimana boleh terjadinya pertelingkahan
sesama Muslimin sedangkan rujukan bagi pedoman kehidupan ini sama. Tetapi
apabila hawa nafsu didahulukan, kepentingan peribadi diambil kira, maka syaitan
akan memasukkan tipu dayanya sehingga orang Islam memandang buruk pada
saudaranya lalu terjadilah perbalahan.
Oleh itu umat Islam harus
mengingatkan wasiat Nabi SAW supaya kembali kepada al-Quran dan Sunah. Itu
sahajalah dua rujukan yang menjamin kesejahteraan mereka. Kalau mereka tidak
kembali kepada wasiat ini, apalah faedah daripada wukufnya mereka di bumi
Arafah yang mulia itu?
Dalam khutbah itu juga,
Rasulullah SAW berulang kali bertanya kepada puluhan ribu umat yang hadir,
“Wahai manusia, apakah aku telah menyampaikan?” Jemaah haji serempak menjawab,
“Benar, telah engkau sampaikan.” Maka Rasulullah mengarahkan tangan Baginda ke
langit sambil berseru, “Allahumma, isyhad! Wahai Allah, saksikanlah!”
Kemudian Rasulullah SAW menutup
khutbah dengan bersabda, “Hendaklah kamu yang hadir menyampaikan kepada yang
tidak hadir. Semoga orang yang menyampaikan akan lebih dalam penghayatannya
daripada yang sekadar mendengarkan. Berlimpahlah rahmat dan berkat Allah SWT
atas kamu sekalian.”
Selesai berkhutbah Rasulullah
SAW turun daripada unta, lalu memimpin solat zuhur dan asar secara jamak serta
qasar.
Kemudian Baginda menuju Sakhrah
(batu besar) di kaki bukit Jabal Rahmah. Di sini Rasulullah SAW menerima wahyu
Surah al-Maidah: 3: “Hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku lengkapkan
untukmu nikmat-Ku dan Aku relakan bagimu Islam sebagai agamamu,”
Ketika Rasulullah SAW
menyampaikan wahyu yang baru diterima kepada para sahabat, Abu Bakar as-Siddiq
menangis tersedu-sedu. Umar ibn Khattab bertanya, “Apakah yang kau tangisi,
wahai Abu Bakar? Bukankah kita seharusnya bergembira bahawa agama kita telah sempurna?”
Abu Bakar menjawab, “Tidak terfikir olehmu, wahai anak Khattab, wahyu itu
merupakan isyarat bahawa Rasulullah SAW mungkin cuma sebentar lagi bersama-sama
dengan kita.”
KESIMPULANNYA
Wukuf di Arafah mempunyai
manifestasi sifat kehambaan manusia kepada Tuhannya yang merupakan falsafah
kewujudannya di dunia ini. Inilah yang sepatutnya diusahakan dan ditumpukan
oleh manusia untuk mencapainya.
Perhimpunan Arafah dengan
kesatuan pakaian dan niat pelaksanaan ibadah yang sama adalah lambang kesatuan
umat. Kesatuan yang menerbitkan kekuatan. Umat yang kuat menjadi kebanggaan
nabinya. Kekuatan inilah yang diguna untuk mengajak manusia ke arah kebaikan
dan bukan kezaliman.
Akhir sekali perhimpunan
raksasa manusia Muslimin ini tidak akan tergambar jika berbeza daripada manhaj
dan garis panduan hidup mereka. Kerana itu Nabi SAW mengingatkan kembali supaya
berpegang kepada al-Quran dan hadis dengan kuat supaya terurai daripada
kehidupan ini. Kedua-duanya adalah jaminan kebahagiaan kepada manusia sejagat
yang tiada lagi keraguan terhadapnya. Kepada kedua-duanya harus dirujuk sama
ada dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi.
sumber- http://m.utusan.com.my/rencana/agama/hikmah-sebalik-khutbah-nabi-saw-1.521207
Tiada ulasan:
Catat Ulasan